seni bina dan ukiran dari tamadun islam



Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol).

Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.

Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam yang memerintah , kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra di puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain.


No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic