seni bina dan ukiran dari tamadun india



Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya ,antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.

Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.

Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.

Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.

3 comments:

Copyright@2012 by TITASholic