Nilai-nilai agama pendorong memperkasa tamadun ( part1 )



Untuk entri trbaru ni,kita membincangkn kenapa pentingnya nilai-nilai agama dalam memperkasakn tamadun.

Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.

Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.

Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu:
a. peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak,
b. peringkat beku dan menurun,
c. peringkat keruntuhan dan kemusnahan.

Menurut Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea keagamaan (fikrah diniyah)atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia. Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran, penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.

Krisis besar yang melanda umat Islam ialah krisis pemikiran dan kebudayaan. Ini termasuk hak individu mengkritik masyarakat dan masyarakat mengkritik individu iaitu adanya timbal balik dalam usaha ke arah membangunkan tamadun. Kuasa masyarakat dan hak individu hendaklah diakui. Tanpanya, masyarakat tidak lagi mempunyai kuasa untuk meletakkan nilai dan hukumnya ke atas individu dan individu pula bebas melakukan apa saja atas alasan itu adalah kebebasan yang tidak harus disekat. Perkara ini menyebabkan orang ramai tidak lagi terikat dengan ikatan agama dan ikatan undang-undang.

Hal yang demikian menyebabkan semua struktur masyarakat akan runtuh. Apabila berlakunya krisis kebudayaan orang ramai tidak dapat lagi berfikir secara praktikal dan melihat persoalan yang sebenar yang menimpa dirinya. Akhirnya lahirlah ulama, sarjana dan masyarakat yang berbicara persoalan yang remeh temeh seperti membincangkan jantina malaikat, hukum mengangkat jari ketika tasyahud dan sebagainya. Sedangkan persoalan membina tamadun dan memajukan umat diketepikan sahaja.

ikuti entri seterusnya dalam bahagian ke-2...wassalam..

No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic