Penilaian Terhadap Tamadun


Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.

Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun- tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidak bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajan banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.

Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah convivencia sej agat melalui usaha-usaha dialog peradaban atau dialog antara tamadun. Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang. Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabu dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri.

Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita )alani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha- usaha mengembalikan hikmah dan khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamadun- tamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari.

No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic