Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun


KELUARGA

TAMADUN ISLAM
  • Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
  • Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
  • Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan.
  • Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
  • Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
  • Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

TAMADUN CHINA

  • Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
  • Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
  • Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
  • Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.
  • Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

TAMADUN INDIA

  • Unit penting dalam tamadun India.
  • Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.
  • Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
  • Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

KOMUNITI

TAMADUN ISLAM

  • Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
  • Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
  • Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
  • Asas hubungan individu dalam Islam:-
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan
  • Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.
  • Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
  • Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
  • Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

TAMADUN CINA

  • Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.
  • Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
  • Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

TAMADUN INDIA

  • Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.
  • Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
  • Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.
  • Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
  • Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
  • Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
  • Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

Laksamana Cheng Ho -Tokoh Titas





Ahli pelayaran Christopher Columbus dikenal hebat kerana berjaya menemui benua Amerika pada tahun 1492. Namun tahukah Anda bahawa ada penjelajah yang jauh lebih hebat? Dia adalah Laksamana Cheng Ho, seorang Tionghoa Muslim yang hidup sekitar 6 abad lalu.

Selama hidupnya, Cheng Ho atau Zheng He melakukan pelayaran antara benua selama 7 kali berturut-turut dalam tempoh waktu 28 tahun (1405-1433). Tak kurang dari 30 negara di Asia, Timur Tengah, dan Afrika telah disinggahinya. Pelayarannya lebih awal 87 tahun berbanding Columbus. Juga lebih dulu jika dibanding dengan ahli pelayaran dunia lainnya seperti Vasco da Gama yang berlayar dari Portugis ke India tahun 1497. Begitu juga Ferdinand Magellan yang merintis pelayaran mengelilingi bumi terlewat 114 tahun selepas beliau.

Ekspedisi Cheng Ho ke 'Samudera Barat' (sebutan untuk lautan sebelah barat Laut Tiongkok Selatan sehingga Afrika Timur) mengerahkan armada yang besar. Pertama mengerahkan 62 kapal besar dan belasan kapal kecil yang digerakkan 27,800 ribu awak-awak. Pada pelayaran ketiga mengerahkan kapal besar 48 buah, awakawaknya 27 ribu. Sedangkan pelayaran ketujuh terdiri atas 61 kapal besar dan berawak-awak 27,550 orang. Bila dijumlah dengan kapal kecil, rata-rata pelayarannya mengerahkan 200-an kapal. Sementara Columbus, ketika menemukan benua Amerika 'cuma' mengerahkan 3 kapal dan 88 orang awak-awak.

Kapal yang ditumpangi Cheng Ho disebut 'kapal pusaka' merupakan kapal terbesar pada abad ke-15. Panjangnya mencapai 44,4 zhang (138 m) dan lebar 18 zhang (56 m). Lima kali lebih besar daripada kapal Columbus. Menurut sejarawan, JV Mills kapasiti kapal tersebut 2500 tan.

Model kapal itu menjadi inspirasi ajli pelayaran Sepanyol dan Portugal serta pelayaran moden di masa kini. Reka bentuknya bagus, tahan terhadap serangan badai, serta dilengkapi teknologi yang saat itu tergolong canggih seperti kompas magnetik.

Mengubah Peta Pelayaran Dunia


Dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) tidak terdapat banyak keterangan yang menyentuh tentang asal-usul Cheng Ho. Cuma disebutkan bahawa dia berasal dari Provinsi Yunnan, dikenali sebagai kasim (abdi) San Bao. Nama itu dalam dialek Fujian biasa diucapkan San Po, Sam Poo, atau Sam Po. Sumber lain menyebutkan, Ma He (nama kecil Cheng Ho) yang lahir tahun Hong Wu ke-4 (1371 M) merupakan anak ke-2 pasangan Ma Hazhidan Wen.

Ketika Ma He berumur 12 tahun, Yunnan yang dikuasai Dinasti Yuan direbut oleh Dinasti Ming. Para pemuda ditawan, bahkan dikembiri, lalu dibawa ke Nanjing untuk dijadikan kasim istana. Tak terkecuali Cheng Ho yang diabdikan kepada Raja Zhu Di di istana Beiping (kini Beijing).

Di depan Zhu Di, kasim San Bao berhasil menunjukkan kehebatan dan keberaniannya. Misalnya semasa memimpin anak buahnya dalam serangan militer melawan Kaisar Zhu Yunwen (Dinasti Ming). Abdi yang berpostur tinggi besar dan bermuka lebar ini tampak begitu gagah melibas lawan-lawannya. Akhirnya Zhu Di berhasil merebut tahkta kaisar.

Ketika kaisar mencanangkan program pengembalian kejayaan Tiongkok yang merosot akibat kejatuhan Dinasti Mongol (1368), Cheng Ho menawarkan diri untuk mengadakan muhibah ke berbagai penjuru negeri. Kaisar kagum dan sekaligus terharu mendengar permintaan yang nekad itu. Bagaimana tidak, amanah itu harus dilakukan dengan mengharungi samudera. Namun kerana yang mahu belayar adalah orang yang dikenal berani, maka kaisar membenarkannya.

Berangkatlah armada Tiongkok di bawah komando Cheng Ho (1405). Terlebih dahulu rombongan besar itu menunaikan solat di sebuah masjid tua di kota Quanzhou (Provinsi Fujian). Pelayaran pertama ini mampu mencapai wilayah Asia Tenggara (Semenanjung Malaya, Sumatera, dan Jawa). Tahun 1407-1409 berangkat lagi dalam ekspedisi kedua. Ekspedisi ketiga dilakukan 1409-1411. Ketiga ekspedisi tersebut menjangkau India dan Sri Lanka. Tahun 1413-1415 kembali melaksanakan ekspedisi, kali ini mencapai Aden, Teluk Persia, dan Mogadishu (Afrika Timur). Jalur ini diulang kembali pada ekspedisi kelima (1417-1419) dan keenam (1421-1422). Ekspedisi terakhir (1431-1433) berhasil mencapai Laut Merah.

Pelayaran luar biasa itu menghasilkan buku Zheng He's Navigation Map yang mampu mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke-15. Dalam buku ini terdapat 24 peta navigasi mengenai arah pelayaran, jarak di lautan, dan berbagai pelabuhan. Jalur perdagangan Cina berubah, tidak sekadar bertumpu pada 'Jalur Sutera' antara Beijing-Bukhara.

Dalam mengarungi samudera, Cheng Ho mampu mengurus armada dengan rapi. Kapal-kapalnya terdiri daripada kapal pusaka (induk), kapal kuda (mengangkut barang-barang dan kuda), kapal penempur, kapal bahan makanan, dan kapal duduk (kapal komando) dan kapal-kapal pembantu. Awakawak kapalnya ada yang bertugas di bahagian komando, teknikal navigasi, tentera, dan logistik.

Berbeza dengan ahli pelayaran Eropa yang berbekal semangat imperialism, armada raksasa ini tak pernah serakah menduduki tempat-tempat yang disinggahi. Mereka hanya mempropagandakan kejayaan Dinasti Ming, menyebarluaskan pengaruh politik ke negeri asing, serta mendorong perniagaan Tiongkok. Dalam majalah Star Weekly HAMKA pernah menulis, "Senjata alat pembunuh tidak banyak dalam kapal itu, yang banyak adalah 'senjata budi' yang akan dipersembahkan kepada raja-raja yang diziarahi."

Sementara sejarawan Jeanette Mirsky menyatakan, tujuan ekspedisi itu adalah memperkenalkan dan mengangkat kemasyhuran Dinasti Ming ke seluruh dunia. Maksudnya agar negara-negara lain mengakui kebesaran Kaisar Cina sebagai The Son of Heaven (Putra Dewata).

Bukan bererti armada tempurnya tak pernah bertugas sama sekali. Laksamana Cheng Ho pernah memerintahkan tindakan ketenteraan untuk menyingkirkan kekuatan yang menghalangi kegiatan perniagaan. Misalnya menumpas gerombolan bajak laut Chen Zhuji di perairan Palembang, Sumatera (1407).

Dalam kurun waktu 1405-1433, Cheng Ho memang pernah singgah di kepulauan Nusantara selama tujuh kali. Ketika berkunjung ke Samudera Pasai, dia menghadiahi loceng raksasa Cakradonya kepada Sultan Aceh. Loceng tersebut saat ini tersimpan di Muzium Banda Aceh. Tempat lain di Sumatera yang dikunjungi adalah Palembang dan Bangka.

Selanjutnya tiba di Pelabuhan Bintang Mas (kini Tanjung Periok). Tahun 1415 mendarat di Muara Jati (Cirebon). Beberapa cenderamata khas Tiongkok dipersembahkan kepada Sultan Cirebon. Sebuah piring bertuliskan Ayat Kursi sehingga kini masih tersimpan baik di Kraton Kasepuhan Cirebon.

Ketika menyusuri Laut Jawa, Wang Jinghong (orang kedua dalam armada itu) sakit teruk. Sauh segera dilabuhkan di pantai Simongan, Semarang. Mereka tinggal di sebuah gua, sebahagian mereka membina pondok. Wang yang kini dikenali dengan gelaran Kiyai Jurumudi Dampo Awang, akhirnya menetap dan menjadi bukti wujudnya warga Tionghoa di sana. Wang juga mengabadikan Cheng Ho menjadi sebuah patung (disebut Mbah Ledakar Juragan Dampo Awang Sam Po Kong), serta membangun Gedung Sam Po Kong atau Gedung Batu.

Perjalanan dilanjutkan ke Tuban (Jatim). Kepada warga peribumi, Cheng Ho mengajarkan tatacara pertanian, penternakan, pertukangan, dan perikanan. Hal yang sama juga dilakukan sewaktu singgah di Gresik. Lawatan dilanjutkan ke Surabaya. Pada hari Jumaat, Cheng Ho mendapat kehormatan menyampaikan khutbah di hadapan warga Surabaya yang jumlahnya mencapai ratusan orang. Kunjungan dilanjutkan ke Mojokerto yang saat itu menjadi pusat Kerajaan Majapahit. Di kraton, Raja Majapahit, Wikramawardhana, berkenan mengadakan perjumpaan dengan rombongan ahli pelayaran Tiongkok ini.

Muslim Taat

Sebagai orang Hui (etnik di Cina yang identik dengan Muslim) Cheng Ho sudah memeluk agama Islam sejak lahir. Datuknya seorang haji. Ayahnya, Ma Hazhi, juga sudah menunaikan rukun Islam kelima itu. Menurut Hembing Wijayakusuma, nama hazhi dalam bahasa Mandarin memang merujuk kepada kata 'haji'.


Bulan Ramadhan adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu Cheng Ho. Pada 7 Disember 1411 sesudah pelayarannya yang ke-3, dari istana Beijing ini beliau sempat kembali ke kampungnya, Kunyang, untuk menziarahi makam ayah. Ketika Ramadhan tiba, Cheng Ho memilih berpuasa di kampungnya yang sentiasa meriah. Beliau tenggelam dalam kegiatan keagamaan sampai Idul Fitri tiba.

Setiap kali berlayar, banyak awak kapal beragama Islam yang turut serta. Sebelum belayar, mereka melaksanakan solat jamaah. Beberapa tokoh Muslim yang pernah ikut adalah Ma Huan, Guo Chongli, Fei Xin, Hassan, Sha'ban, dan Pu Heri. "Kapal-kapalnya diisi dengan perajurit yang kebanyakan terdiri daripada orang Islam," tulis HAMKA.

Ma Huan dan Guo Chongli yang fasih berbahasa Arab dan Persia, bertugas sebagai penterjemah. Sedangkan Hassan yang juga pimpinan Masjid Tang Shi di Xian (Provinsi Shan Xi), berperanan mempererat hubungan diplomasi Tiongkok dengan negeri-negeri Islam. Hassan juga bertugas memimpin kegiatan-kegiatan keagamaan dalam rombongan ekspedisi, misalnya dalam melaksanakan penguburan jenazah di laut atau memimpin solat hajat ketika armadanya diserang badai.

Kemakmuran masjid juga tak pernah dilupakan Cheng Ho. Tahun 1413 dia membaiki Masjid Qinging (timur laut Kabupaten Xian). Tahun 1430 membangunkan Masjid San San di Nanjing yang rosak kerana terbakar. Pembinaan masjid ini mendapat bantuan terus dari kaisar.

Beberapa sejarahwan meyakini bahawa pelayar sejati ini telah menunaikan ibadah haji. Memang tak ada catatan sejarah yang membuktikan itu, tapi pelaksanaan haji kemungkinan dilakukan ketika ekspedisi terakhir (1431-1433). Ketika itu rombongannya memang singgah di Jeddah.

Selama hidupnya Cheng Ho memang sering mengutarakan hasrat untuk pergi haji sebagaimana datuk dan ayahnya. Obsesi ini bahkan terbawa-bawa sehingga menjelang ajalnya. Sehingga beliau mengutus Ma Huan pergi ke Mekah agar melukiskan Ka'bah untuknya. Muslim yangnberani ini meninggal pada tahun 1433 di Calicut (India), dalam pelayaran terakhirnya.

Sistem Ekonomi Tamadun China



Sistem Ekonomi Sara Diri

Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian.

Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan.


Sistem Ekonomi Komersil

Pada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak.

Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara.

Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi.

Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai bagi pertanian.

Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin.

Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara komersil.

Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini.

Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.


Sistem Ekonomi Perdagangan

Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).
Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak sekali.

Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.

Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain.

Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul.

Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi.

Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.

Agama dan Kepercayaan Tamadun China


Kepercayaan Alam Sekitar 

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.


Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang 

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.


Kepercayaan kepada Anak Syurga 

Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.


Kepercayaan kepada dewa 

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’


Agama Buddha 

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.


Ajaran Confuciusnisme 

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.


Ajaran Toisme 

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.





Nilai-nilai agama pendorong memperkasa tamadun ( part2 )



jom baca sambungan nilai-nilai agama pendorong memperkasa tamadun bahagian ke dua pulak.

Untuk membina semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri untuk mencari penyakit yang dihadapinya. Mencari jalan untuk bangun tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak dapat memperolehi kejayaan.

Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam hari ini ialah:
a. pemikiran yang mati,
b. jiwa yang lemah dan iman yang telah padam sinarnya.

Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah diubati ketiga-tiga penyakit ini. Umat Islam perlu menghargai pemikiran dengan menganggap ia sebagai satu yang amat tinggi nilainya, bukan memilih jalan ‘benda’ untuk bangkit atau berada di bawah pemikiran penjajahan yang mendewakan Barat.

Umat Islam jangan terikat dengan pemikiran asing yang diimport dalam membentuk pemikiran mereka. Mereka perlu berpegang teguh kepada pemikiran Islam sendiri dan selari dengan nilai-nilai ajaran agama Islam. Di samping itu, kekuatan jiwa merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran zaman dan gelombang pergolakan dunia.. Umat Islam perlu mengangggap kerohanian sebagai satu aspek yang penting dalam membangunkan umat. Ajaran kerohanian ini perlu dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kehidupan manusia.

Dari latihan-latihan kerohanian ini akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia yang aman damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya di mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan sebenarnya. Hasilnya lahirlah ajaran Islam dalam bentuk yang negatif dan beku. Amalan-amalan ibadat yang dilakukan tidak mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan mereka.

Oleh itu, masyarakat Islam perlu membebaskan diri dari warisan negatif yang dipusakainya sejak enam abad yang lalu dan selagi mereka ragu-ragu untuk membawa perubahan ke dalam diri manusia sesuai dengan ajaran Islam yang murni maka selama itulah usaha-usaha untuk mewujudkan perimbangan, kestabilan dan kemakmuran di dalam kehidupan serta membentuk tamadun baru akan gagal. Antara sikap negatif yang perlu dielakkan dalam menguatkan tamadun iaitu penghakisan nilai-nilai pokok tentang kebaikan, kebenaran, kesetiaan dan timbulnya aliran kerohanian yang bercanggah dengan Islam.








Nilai-nilai agama pendorong memperkasa tamadun ( part1 )



Untuk entri trbaru ni,kita membincangkn kenapa pentingnya nilai-nilai agama dalam memperkasakn tamadun.

Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.

Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.

Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu:
a. peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak,
b. peringkat beku dan menurun,
c. peringkat keruntuhan dan kemusnahan.

Menurut Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea keagamaan (fikrah diniyah)atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia. Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran, penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.

Krisis besar yang melanda umat Islam ialah krisis pemikiran dan kebudayaan. Ini termasuk hak individu mengkritik masyarakat dan masyarakat mengkritik individu iaitu adanya timbal balik dalam usaha ke arah membangunkan tamadun. Kuasa masyarakat dan hak individu hendaklah diakui. Tanpanya, masyarakat tidak lagi mempunyai kuasa untuk meletakkan nilai dan hukumnya ke atas individu dan individu pula bebas melakukan apa saja atas alasan itu adalah kebebasan yang tidak harus disekat. Perkara ini menyebabkan orang ramai tidak lagi terikat dengan ikatan agama dan ikatan undang-undang.

Hal yang demikian menyebabkan semua struktur masyarakat akan runtuh. Apabila berlakunya krisis kebudayaan orang ramai tidak dapat lagi berfikir secara praktikal dan melihat persoalan yang sebenar yang menimpa dirinya. Akhirnya lahirlah ulama, sarjana dan masyarakat yang berbicara persoalan yang remeh temeh seperti membincangkan jantina malaikat, hukum mengangkat jari ketika tasyahud dan sebagainya. Sedangkan persoalan membina tamadun dan memajukan umat diketepikan sahaja.

ikuti entri seterusnya dalam bahagian ke-2...wassalam..

seni tari dan alat muzik dari tamadun india


Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan.Tan Sen merupakan seorang ahli muzik istana pada masa pemerintahan Akbar. Tan Sen banyak mencipta rentak Raga yang baru seperti Miyan kee Todi, Miyan kee Malhar, Miyan kee Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang dan Dhulia-malhar. Terdapat ramai lagi ahli muzik istana seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior. Beliau menghasilkan empat buah buku berkaitan dengan muzik seperti Sarvado Uday Chandrovidaya, Raga Mala, Raga Mangaree dan Nartan ataupun Nidayan. Dalam muzik India, Thata merupakan hasil yang dibunyikan dari 12 nada daripada Octava iaitu gabungan mana-mana dari tujuh nada Octava.

CONTOH-CONTOH TARIAN

1)Tarian Bharata Natyam

Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).


2) Tarian Kathak

Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian klasikal India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud 'seni bercerita'. Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah.



CONTOH-CONTOH ALAT MUZIK
  • Tata Jati (alat muzik bertali)
  • Vitata Jati (alat muzik bertali)
  • Sushir Jati(alat tiupan)
  • Ghana Jati (alat muzik genderang)

Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali sebagai genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang ( sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam).

seni tari dan alat muzik dari tamadun china


Kesenian masyarakat cina bermula pada abad ke- 19 dengan perhijrahan secara beramai-ramai orang Cina dari negara selatan China ke Tanah Melayu atau dikenali (Malaysia). Pada masa itu, pendatang Cina di bawa masuk ke tanah melayu untuk bekerja sebagai buruh di lombong biji timah, peniaga dan petani di tanah melayu. Menurut beberapa sumber dan rujukan, masyarakat Cina hanya berminat untuk bekerja bagi menampung kehidupan yang agak sukar pada masa itu. Penduduk pada masa itu tidak merancang untuk menetap secara tetap di Tanah Melayu atau memperkembangkan kebudayaan Cina bagi penduduk tempatan. Namun demikian, lama-kelamaan orang Cina akhirnya menyimpan hasrat untuk menetap tetap di Tanah Melayu sehingga masa pada kini dan seterrusnya memperkembangkan kebudayaan kaum Cina di Malaysia.

CONTOH-CONTOH TARIAN DARI TAMADUN CINA
1) Tarian Singa
tarian singa merupakan tarian yang popular dan sinonim dengan masyarakat cina di malaysia. Walaupun begitu, tarian singa bagi suku-suku kaum Cina mempunyai perbezaan antaranya jika dilihat pada tarian singa yang ada pada masyarakat Cina Hakka, Tarian singa masyarakat Cina Hakka adalah berbeza dengan tarian masyarakat Cina lain seperti suku Hokkien dan lain-lain. Dalam hal ini, tarian masyarakat Cina Hakka yang paling mashyur dikenali sebagai 'Ki Ling' yang mana bentuk singanya adalah lebih kecil berbanding dengan tarian singa masyarakat Cina yang lain. Selain itu, tarian singa "unicorn" juga merupakan tarian yang popular bagi kaum ini iaitu singa yang dikatakan hanya mempunyai satu tanduk. Pada kebiasaannya, tarian ini akan didendangkan atau dimainkan bilamana adanya upacara-upacara khas. Sebagai contoh, ialah ketika menyambut perayaan tahun baru Cina, upacara parkahwinan, pembukaan atau perasmian sebuah premis perniagaan dan sebagainya.

2) Tarian Kipas Cina
Tarian ini pula merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tarian ini juga sebagai simbolik kerana angin juga merupakan elemen penting dalam masyarakat cina yang mempercayai “ Fung shui” iaitu suatu kepercayaan masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui” yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

CONTOH-CONTOH ALAT MUZIK

Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China. Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu ‘hu-Chin’ atau kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola).Dinasti Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi.

seni tari dan alat muzik dari tamadun islam


Antara kesenian masyarakat Melayu yang paling popular ialah seni tari dan alat muzik. Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan Buddha. Apabila Islam datang ke Nusantara, Islam memperkenalkan bentuk-bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Contoh persembahan yang diadaptasikan ialah seperti hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi dengan rebana dan gong (Abdul Kadir 1988).

CONTOH-CONTOH KESENIAN
1) Rodat
Rodat merupakan sejenis muzik yang berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ulang-ulik, bersahut-sahutan kembali atau yang menunjukkan berbalas-balas. Rodat juga dipercayai lahir bersama-sama nazam, maulud, berzanji, zapin, hasiddah, nasyid dan berhadrah.

2) Hadrah
Hadrah berasal dari negara Timur Tengah. Hadrah merupakan paluan gendang bersertakan nyanyian yang memuji kemuliaan Tuhan, nasihat kepada saudara seagama, pujian untuk pengantin dan sebagainya.

3) Ghazal
Muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab yang dikatakan berkembang pesat di sekitar abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih. Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan tempat-tempat lain termasuklah Malaysia. Ghazal menjadi Dendang Istana dan merupakan persembahan utama dalam majlis-majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta negara.

4) Dabus
Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir memuji Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengiringi tarian biasa. Dabus berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud batang besi yang tajam yang dipegang oleh penari semasa menari. Jumlah ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15-18 orang yang dibahagikan kepada lapan orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik dabus ialah rebana dan sebiji gong. Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke kumpulan. Sebilangan kumpulan pula menambah alat serunai untuk mengiringi nyanyian syair pada permulaan persembahan.

5) Nobat
Muzik nobat juga berasal dari istana kerajaan negara-negara Islam di Timur Tengah. Muzik nobat dipercayai wujud semenjak pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan Malik Ul-Salih atau dikenali juga sebagai Merah Silu.
Muzik nobat dari Pasai ini kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan memainkan peranan penting dalam istiadat di istana kerajaan Islam Melaka. Nobat kini menjadi muzik istiadat di istana-istana di Tanah Melayu dan masih di kekalkan hingga ke hari ini (Abdul Kadir 1988)

CONTOH-CONTOH ALAT MUZIK

  • Serunai

Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit dan ada kaitan dengan nagashuaram di India Selatan.
  • Rebab

Alat muzik rebab dipercayai berasal dari daerah Kuristan, Iran Utara yang terdapat di seluruh Asia Tenggara. Rebab dikatakan wujud sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w dan dimainkan oleh Raja Sulaiman dan dilengkapkan lagi oleh Abdullah Faryabi . Rebab bertali dua didapati di Indonesia dan dikenali sebagai tro khmer (tro u) di Kampuchea. Alat yang sama dengan rebab di Thai ialah so sam sai yang bertali tiga dan dua variasinya ialah so u so duang dan yang tali penggeseknya melalui di antara tali alat ini.
  • Gendang

Gendang yang berbentuk bujur, berbentuk tong, geduk, gedombak dan rebana. Gendang bujur menyerupai gendang mridanga dan gendang Mesir dikenali sebagai gendang di Indonesia dan Malaysia, klong khaek di negara Thai dan sam phu di Kampuchea.Gendang yang berbentuk tong dikatakan berasal dari Duhul, Parsi yang dikenali sebagai klong that di negara Thai dan skor thom di Kampuchea.
  • Gedombak

Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di Kampuchea sebagai titik skor. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.

seni bina dan ukiran dari tamadun india



Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya ,antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.

Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.

Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.

Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.

seni bina dan ukiran dari tamadun china



Dalam bidang ini , Tamadun China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin. Semasa Dinasti Chou lagi, beberapa buah negeri di bahagian utara negeri China telah membina tembok-tembok yang panjang untuk mempertahankan negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM.

Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.

Dalam Seni Ukir ,ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua. Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir.

Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat seramik.Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan.

Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang seiring dengan perkembangan seni lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak memainkan peranan. Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-kuil. Patung-patung yang masyhur ialah ‘Lung-men’, Buddha batu yang dikelilingi oleh patung-patung Bodhisattvas, samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung keagamaan itu dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan sifat kepahlawanan China.


seni bina dan ukiran dari tamadun islam



Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol).

Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.

Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam yang memerintah , kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra di puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain.


Penilaian Terhadap Tamadun


Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.

Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun- tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidak bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajan banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.

Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah convivencia sej agat melalui usaha-usaha dialog peradaban atau dialog antara tamadun. Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang. Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabu dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri.

Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita )alani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha- usaha mengembalikan hikmah dan khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamadun- tamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari.
Copyright@2012 by TITASholic