Teori Kedatangan Islam Ke Nusantara (Part 2)


sambungan dari >> Teori Kedatangan Islam Ke Nusantara (Part 1)

KEDATANGAN AGAMA ISLAM ke GUGUSAN PULAU-PULAU MELAYU.


JAWA
Kemewahan saudagar islam di Demak yang berulang alik dari Melaka melahirkan semangat dan kemahuan dalam sanubari rakyat Demak untuk mengasingkan politik dari Kerajaan Majapahityang telah beransur-ansur lumpuh..Dalam tahun 1478M.Demak sudah cukup kuat untuk melanggar Majapahit.Raja yang memerintah Demak pada waktu itu ialah Raden Patah, anak Raja Majapahit yang bernama Bera Wijaya..Beliau kemudiannya berjaya memusnahkan kerajaan Majapahit dan menjadikan Demak sebuah negara kesultanan Islam yang pertama di Jawa.Perkembangan ini memberi kesempatan kepada negeri-negeri yang dulunya di kuasai oleh Majapahit, termasuklah Brunei untuk menerima agama Islam.Pengislaman bahagian pedalaman Jawa di wujudkan oleh pengislaman Raja Mataram, sebuah lagi negeri Hindu yang didirikan di Jawa Tengah dalam abad keenam belas.Walau bagaimanapun apabila Belanda sampai di Jawadalam tahun 1597M, sebahagian besar dari bahagian pedalaman pulau itu masih belum menganut agama Islam.Penarukan di JawaTimur masih tetap menganut agama Hindu sehungga tahun 1641M.Belambangan dengan jayanya menentang Sultan Agong dari Mataram dalam usaha baginda hendak mengislamkan negeri tiu, dan Belambangan hanya memeluk agama Islam dalam kurun yang ke lapan belas.Penjajaran di Jawa Barat belum menganut agana islam sehingga tahun 1570M.dan hanya memeluk agama Islam apabila Penambahan Yusuf Sulyan Mataram kedua menakluki Pakur, ibu negeri Panjajaran, dan membunuh semua kerabat di raja negeri itu dan emeperkenalkan Islam di kawasan tersebut.

BANJARMASIN, KALIMANTAN
Daerah Kalimantan Selatan yang mulka-mula menganut agama islam ialah Banjarmasin..Dahulunya daerah ini adalah sebahagian daripada jajahan kerajaan Majapahit.Setelah kejatuhan kerajaan Majapahit dalam tahun 1478M.Banjarmasin menerima agama Islam melalui kesultanan Demak, kerajaan Majapahit di Jawa.Menurut cerita-cerita lama, penerimaan agama Islam oleh Banjarmasin adalah sebagai syarat yang di tetapkan oleh kesultanan Demak yang telah mengirim bantuan tentera ke Banjarmasin untuk menghapuskan penberontakan penduduk asli Kalimantan Selatan.

SULAWESI
Di Pulau Sulawesi, penduduk yang mula-mula menganut agama Islam ialah suku Bugis yang tinggal di Makasar, semenanjung barat daya pulau tersebut.Mereke ini di islamkan oleh seorang mubalugh dari Pedir yang bernama Syekh Ali Al-Kaisar, dengan di Bantu oleh Raja Jalil, anakanda Sultan Kahar, Aceh, kira-kira di akhir kurun kelima belas.Drai daerah ini agama Islam dengan perlahan-lahan masuk ke segenap pelesok.Di Pulau ini agama Islam telah berlimba-limba dengan agama kristian secara jujur dan sihat. 
Suku Bugis adalah penduduk yang terbanyakdan yang paling maju dan kaya.Mereka adalah pedagang dan ahli pelayaran yang berani mengharungi segala kawasan perairan di gugusan kepulauan Melayusehingga mereka dapat mendirikan kerajaan kecil di beberapa daerah.

Sebenarnya tidak ada catatan sejarah yang jelas dan boleh di pertanggungjawab tentang perkembangan agama Islam ke alam Melayu. Hal ini di sebabkan kurang bahan –bahan penyedilikan yang dapat di kesan oleh ahli sejarah seperti tugu-tugu, batu-batu bersurat dan lain-lain peninggalanbahan –bahan sejarah dari pengaruh Hindu dan Barat.Tetapi wujudnya orang Arab di Timur jauh ini telahoun bermula sejak tahun Hijrah yang pertama atau sejak abad ketrujuh Masehi lagi, bahkan lebih awal dari tahun itru lagi.Ahli-ahli sejarah Arab itu sendiri, seperti Al-Tabari dan Al-Masudi pernah menyatakan bahawa telah ada kapal-kapal yang belayar di antara negeri Arab dengan negeri China sebelum kemuncukan Rasulullah di Semenanjung Tanah Arab.Mereka telah mempunyai tapak perniagaan di sepanjang pelabuhan dari Canton hingga ke Tanah Arab.
Kemudian dalam abad yang kelapan Masehi, terdapat masyarakat Islam yang ramai di Canton di negeri China.Hal ini kemungkinan besar mereka telah mempunyai banyak tempat kediaman di sepanjang jalan perniagaan dari Canton ke Tanah Arab seperti India, Jawa dan Malaya.Tempat kediaman ini makin berkembang lagi apabila orang-orang Moghul dalam abad ke tiga belas Masehitelah melakukan keganasan dan mengganggu perjalanan darat yang menyeberangi Asia Tengah, di mana pusat perniagaan seperti Bukhara, Samarqand, Kabul dan lain-lain tempat telah di kuasai oleh mereka.Hali ini mempereratkan lagi perhubungan di antara orang-orang Islam dari Pedagang Arab dengan alam Melayu.
Dalam abad ke lapan dan kesembilan Masehi, pengembara-pengembara dan pedagang Arab, Parsi, dan India bertumpu ke gugusan pulau-pulau Melayuuntuk melakukan lawatan dan perniagaan di negeri Sriwijaya yang berada dipuncak kebesarannya dan kegemilangannya pada waktu itu.Di antara mereka ini ada yang singgah sekadar berniaga dan ada pula yang menetap dalam masyarakat Melayu.Secara beransur-ansur mereka ini telah mengislamkan penduduk tempatan.
Catan-catan sejarah menunjukkan bahawa alam Melayu telah pun mengenal agama Islam sejak kurun permuklaan hijrah lagi di mana ia merupakan peringkat pengenalan ke atas satu proses penyebaran agama Islam.Sebuah batu nisan di ukir dengan huruf Arab yang bertarikh 1082-1102M.telah di jumpai di gerisik Jawa.Ini bukti jelas yang menunjukkan bahawa pada wakti itu telah ada orang Islam di situ.Cuma penyebaran Islam secara berencana dan beramai-ramai sahaja berlaku di kurun yang ketiga belas Masehi apabila lahirnya kerajaan Islam Pasai di Sumatera Utara.Rekod daripada catatan orang Cina ada menyebutkan berkenaan dengan dua orang utusan yang bernama Sulaiman dan Syansuddin dari Kerajaan Pasai ini dating ke istana Mongol di negeri China dalam tahun Masehi1281.

Sebelum kurun Masehi yang ketiga belas penyebaran agama Islam di kawasan ini berlaku secara tidak langsung.Orang Arab dan India yang dating ke gugusan kepulauan Melayu adalah tujuan utama mereka untuk berniaga.Setelah mereka mempunyai tapak ekonomi yang kukuh maka lahirlah satu penghormatan yang besar di kalangan penduduk tempatan hingga akhirnya dengan senang mereka dapat memperkenalkan agama Islam.
Penyebaran agama Islam di Melaka pula berlaku dalam tahun 1400M. Parameswara menganut agama Islam setelah ia berkahwein dengan Puteri Sultan Pasai yang telah beragama Islam.Parameswara kemudiannya mengubah namanya kepada Megat Iskandar Syah.
Penyebaran agama Islam yang pertama datangnya melalui India di zaman pemerintahan kesultanan Delhi.Masyarakat Melayu wakti itu menyanjung tinggi kemajuan perniagaan dan kebudayaan yang telah di capai oelh pemerintahan tersebut.Tetapi ahli sejarah berselisihan pendapat tentang tempat manakah Islam dari India itu dating ke Nusantara.Ada yang mengatakan dari Pelabuhan Cambay dari daerah Gujerat, ada pula yang mengatakan dari Benggala dalam kawasan Coromandeldi sebelah Timur India.Kebanyakan ahli sejarah menetapkan bahawa Islam datang dari pelabuhan Cambay dari daerah Gujerat, berdasarkan kepada batu-batu nisan yang di jumpai.Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Saleh (1297m) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad (1470M) dan batu marmar di perkuburan Maulana Malik Ibrahim di Gerisik Jawa (1419M) , adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di Gujerat.

No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic