Teori Kedatangan Islam Ke Nusantara (Part 1)



DEFINISI TAMADUN
  • Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
  • Berpunca daripada kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
  • Juga membawa erti membuka Bandar.
  • Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud Bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.
  • Kesimpulannya istilah “TAMADUN” boleh di takrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.Ringkasnya tamadun boleh di lihat sebagai pencapaian suatu bentuk budaya tinggi.
Kedatangan islam di nusantara dapat di bahagikan kepada tiga tahap : tahap persinggahan, tahap pertapakan, dan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran.
Mengenai tahap pertama, ia berlaku sebagai kelangsungan dari ekgiatan perdagangan yang berjalan sejak sebelum kemunculan islam lagi.Ada dua teori yang pernah di kemukakan tentang hubungan arab dengan Asia Tenggara.Pertama, hubungan secara langsung dan kedua hubungan secara tidak langsung.



Mengenai hubungan secara langsung, ini berlaku berikutan dari keperluan barangan yang membawa pedagang-pedagang Arab dari Parsi ke Nusantara.Diantara barang-barang tersebut ialah:lada, rempah, kemenyan dan kapur barus. 
Mengenai hubungan secara tidak langsung ini, berlaku apabila pedagang-pedagang Arab dan Parsi menjalankan kegiatan perdagangan dengan China.Memang di akui terdapatnya jalan darat melalui pelabuhan Oc-eo di Funan, tetapi pada umumnya pedagang-pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara menurut musim angin.Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan.

Selepas itu timbul pula tahap kedua di mana terdapat kesan-kesan pertapakan Islam di Asia tenggara.Ini berlaku sepanjang zaman Bani Umayyah (661-750) dan Bani Abasiyyah (750-1258) .Bukti yang selalu di sebutkan ialah tahun674 M.di mana di katakan sudah terdapat penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat sumatera.Bahkan juga di katakan pada tahun yang sama terdapat orang-orang Ta-Shih di Jawa, iaitu orang-orang Arab atau Parsi yang beragama Islam.

Tragedi yang menimpa umat Islam di China yang kesannya turut di rasai oleh Nusantara.Tragedi pertama ialah pada tahun 878 M apabila tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Chao do Canton yang menyebabkan terbunuhnya seramai 100, 000 orang asing dan kebanyakkannya orang-orangg Islam dan Arab.Akibat peristiwa ini ramai pedagang-pedagangg Islam yang melariakn diri ke Kedah dan Palembang.Demikian juga pada masa akhir Dinasti Tang (618-905) seramai 5000 rakyat asing telah di bunh oleh pemberontak yang di pimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah Yang Chow.Mereka terselamat lalu melarikan diri ke tempat yang selamat, termasuk Nusantara.
Penghijrahan pelarian-pelarian tersebut dari China juga menunjukkan yang Islam du nusantara datang melalui negeri China.Dan hujah ini dapat di perkuatkan denagn penemuan batu nisan yang bertarikh 419H/1028m.di Pekan Pahang.dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702h/1303M. di Kuala Brang Terengganu.

       Adapun mengenai tahap ketiga, ia berlaku selepas jatuhnya Baghdad pada tahun 1258M akibat serangan Mongol.Dengan kejatuhan ini bukanalh menjadikan dakwah Islam di Nusanatra terbantut, bahkan sebaliknya ia berlaku secara besar-besaran.Oleh Prof. M.A Rauf (Rektor pertama UIAM) di katakannya bahawa perkembangan Islam selepas kejatuhan Baghdad ini merupakan peringkat peralihan agama secara besar-besaran (Mass Conversion) .Dalm peringkat ini pihak yang memainkan peranan penting ini bukan sahaja daripada kalangan orang-orang Arab dan Parsi malah juga orang-orang Indiadan anak tempatan Nusantara sendiri.Mengenai peranan orang Arab, yang pertama sekali di ketahui ialah Syeikh Ismail All-Siddiq yang di utuskan oleh Syariff Makkah.Bersama-sama dengan Faqir Muhammad dari Malabar, Syeikh Ismail menuju ke Sumatera dan khususnya Pasai lalu mengislamkan Meurah Silu (1261-1289) .Dan ketika Melaka di perintah oleh Raja Kechik Besar datang seorang Makhdum dari Jeddah, Sayyid Abdul Aziz, lalu mengislamkan raja Melaka ini.

         Dalam peringkat inii kita tidak hartus melupakan saham yang di berikan oleh golongan Sayyid dari Hahramaut dalam perkembangan Islam di Nuasntara.Mengenai peranan Mubaligh dari India, memang dalam jangka masa penting ini mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan Islam di Nusantara.Tetapi nampaknya para sarjana dan sejarawan bertikai pendapata yentang daerah, manakan di India sebagai tempat asal Islam di Nusantara.Misalnya berdasarkan kajian G.P Moquette lalu di R.A Kern membuat kesimpulan yang Islam datang dari kawasan Gujerat


No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic