sumbangan islam kepada tamadun dunia


Sejak wahyu pertama diturunkan Allah S.W.T. kepada Rasulullah, Islam telah membuat banyak sumbangan penting kepada tamadun dunia melalui penemuan-penemuan saintifik dan ilmiah yang berguna dan indah yang digunapakai sehingga ke hari ini. Ahli falsafah, ilmuan dan saintis Islam telah memberi dunia pelbagai inovasi dalam bidang perubatan, matematik, sains, seni, senibina, muzik dan sebagainya, terutama semasa Zaman Keemasan Islam.

Antara tokoh saintifik Islam paling masyhur ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sina yang telah menulis 246 buku termasuk ‘Kitab-al Shifa’ dan ‘Al-Qanun fit Tibb’ yang menjadi panduan utama bagi bidang sains perubatan di Barat dari abad ke 12 hingga 17. Perhatian terhadap bidang perubatan bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda, "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua". Mengambil iktibar dari sabda Baginda, hospital-hospital dan klinik-klinik ditubuhkan di seluruh dunia Islam, dan yang paling awal telah dibina pada 707 Masihi di Damsyik semasa pemerintahan Khalifah Walid ibn Abd a-Malik.

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo. Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden. Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.
  • Click to enlarge image 1_ibn.sina.jpg
  • Click to enlarge image 2_al-buruni.jpg
  • Click to enlarge image 3_ibn-firnas.jpg
  • Click to enlarge image 4_al-battani.jpg
Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo.

Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan.

Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.

Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic