ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT


Isu-isu kontemporari terdiri daripada dua iaitu : 

Politik
            Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku iaitu bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini secara tidak langsung memberi impak dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan, mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia iaitu  melalui pendekatan globalisasi.

            Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada pelbagai pengaruh. Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak pernah hilang. Sebagai contoh,  dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

            Terdapat banyak isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini iaitu bagaimana umat Islam ditindas dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam. 

Media
           
            Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka.

            Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka. Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan, menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.    


No comments:

Post a Comment

Copyright@2012 by TITASholic