Tamadun India


TAMADUN INDIA

    Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

    Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. 


Kenali Syed Naquib Al-Attas


Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas (Bogor, 5 September 1931) adalah seorang Cendekiawan Muslim , ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011.Kini beliau menetap di Malaysia. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis berbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia.

Pendidikan dan masa kecil
Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di BogorIndonesia. Beliau telah menempuhi pendidikan awal pada usia 5 tahun di JohorMalaysia, namun ketika saat pendudukan Jepun beliau telah pergi belajar ke Jawa untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Al-`Urwatu’l-Wuthqa.
Setelah Perang Dunia II pada tahun 1946 beliau kembali ke Johor semula untuk menyelesaikan pendidikan menengahnya. Beliau amat tertarik dan mempelajari sastera Melayu, sejarah, dan kebudayaan Barat. Saat kuliah di Universiti Malaya, Al-Attas menulis Rangkaian Ruba`iyat, sebuah karya kesusasteraan, dan Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. Dari sini beliau melanjutkan pengajian ke the Institute of Islamic Studies di McGill UniversityMontrealKanada. Pada tahun 1962 Al-Attas menyelesaikan pengajian pasca siswazah / sarjana di sini dengan thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pengajian ke School of Oriental and African StudiesUniversity of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.
Pada tahun 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini Al-Attas bersama sejumlah pelajar kolej dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, serta memberikan respon yang kritis terhadap Peradaban Barat.

Tokoh Melayu Terbilang 2011
Beliau menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang (wanita) yang disampaikan pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah disampaikan olehPresiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 21 Jun 2012, Syed Muhammad Naquib al-Attas dilantik sebagai profesor pelawat terhormat di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). CASIS adalah sebuah pusat kecemerlangan yang baru ditubuhkan di tahap pasca siswazah di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau amat menekankan pendidikan dalam konsep Islam dan Islamisasi pengetahuan kontemporari yang membawa kepada penubuhan Universiti Islam di beberapa negara Islam. Dua institut berjaya diasaskannya iaitu Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di UKM dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM, yang bermatlamat mempertingkat ketajaman pemikiran intelektual Muslim.
Perpustakaan Syed Naquib al-Attas di ISTAC, mengandungi karya authoritatif mengatasi mana-mana koleksi lain seumpamanya di Asia Tenggara.

Tulisan Al-Attas

  • (1970The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1972Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
  • (1975Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1978Islam and Secularism 
  • (1980The Concept of Education in Islam
  • (1988The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi
  • (1989Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
  • (1990The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
  • (1990On Quiddity and Essence
  • (1990The Intuition of Existence
  • (1992The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
  • (1993The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
  • (1994The Degrees of Existence
  • (1995Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
  • (2011Historical Fact and Fiction


    Copyright@2012 by TITASholic