PERANAN JIHAD DALAM PEMBANGUNAN AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA
- Mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t kerana dia telah berusaha, berjuang, dan berkorban untuk menegakkan agama Allah s.w.t
- Jihad mempunyai konsep yang cukup luas kerana ia bukan sahaja berjuang melawan musuh dan mencakupi aspek peperangan semata-mata bahkan lebih luas lagi iaitu untuk memperkasakan Islam dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan manusia
- Allah mencipta insan dengan 3 bakat iaitu :
- Bakat aqliyyah – membolehkan perkembangan pemikiran berlaku,
- Bakat rohaniyah – membolehkan kekuatan dalaman subur
- Bakat jasmani – menyebabkan ketangkasan dan kecergasan berlaku
- Umat Islam perlu memantapkan diri mereka dengan akidah Islam yang kukuh.Akidah memainkan peranan yang besar untuk melahirkan pengorbanan jihad dalm menghadapi musuh
- Jihad juga bererti mengerahkan segala kemampuan yang ada atau sesuatu yang dimiliki untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan serta menolak kebatilan dan keburukan dengan mengharapkan keredhaan Allah.
- Jihad mengandungi satu usaha ynag bersungguh-sungguh dan berjuang serta berkorban untuk menegakkan Islam dan memelihara kepentingan umum manusia kepada kehidupan yang lebih sejahtera
Copyright@2012 by TITASholic
No comments:
Post a Comment