matlamat tamadun islam


Secara umumya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk memartabatkan Islam sebagai Ad-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Manakala matlamat khusus tamadun Islam pula adalah untuk menjalinkan hubungan berikut:

  1. Hubungan Manusia dengan Allah  (HABLUMMINALLAH)
Manusia dapat mengenal Allah s.w.t melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengan-Nya melalui rukun Islam yang lima. Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk membangun individu dan masyarakat supaya menjadi umat yang berjiwa besar. Lihatlah masyarakat Arab Jahiliah yang dahulunya buta huruf dan hidup dalam keadaan mundur tiba-tiba muncul sebagai satu bangsa penakluk, pemerintah dan tamadun yang agung setelah mereka beriman. Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t itu sendiri. Keupayaan seseorang melaksanakan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan berjaya membentuk peribadi muslim yang warak dan tawaduk. Oleh itu, perhubungan dengan Allah s.w.t adalah yang paling unggul, bahagia dan suci murni. Di samping itu, hubungan dengan Allah ada implikasinya tersendiri:
  • Pengiktirafan terhadap pencipta
  • Pengiktirafan terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya
  • Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmat Allah
  • Menyedari dan mengharapkan rahmat Allah
  • Penumpuan kepada Allah melalui permohonan dan doa
  • Cinta dan rindukan Allah sebagai matlamat

     2.   Hubungan Manusia dengan Manusia (HABLUMMINANNAS)

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t daripada asal keturunan yang satu iaitu daripada Adam a.s. bersama pasangan hidupnya Siti Hawa. Maka daripada kedua-duanya lahir manusia dan terus membiak memenuhi alam sehingga hari ini. Tiap-tiap manusia wajib menganggap manusia yang lain tidak kira bangsa, tempat dan warna kulit adalah mempunyai hak yang sama daripada segi kemanusiaan dan kebebasan. Firman Allah s.w.t  dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dan seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujarat : 13)                                                                     

Hubungan dan tatacara pergaulan dengan sesama manusia hendaklah berasaskan persaudaraan seagama, berbeza agama dan kemanusiaan secara amnya. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat diwujudkan dengan adanya kerjasama, tolong-menolong dan perpaduan dengan cara penyelarasan undang-undang yang menentukan hak setiap masyarakat tidak dicerobohi. Kepentingan orang ramai hendaklah diutamakan daripada kepentingan diri sendiri.

    3.    Hubungan Manusia dengan Alam

Allah s.w.t menciptakan seluruh alam ini untuk keperluan manusia. Alam yang penuh dengan hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara yang nyaman, air yang bersih, cahaya yang menyegarkan serta dijadikan siang dan malam silih berganti adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Hal ini bukanlah bererti manusia bebas menggunakan nikmat ini dengan sesuka hatinya, sebaliknya ia adalah satu amanah untuk ditadbir secara terancang ke arah mengabdikan diri kepada Allah untuk mencari keredhaan-Nya. Di tangan manusia terletaknya kemakmuran alam dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua.”  (Al- Baqarah : 29)

SISTEM NILAI DALAM PEMBINAAN PERADABAN MALAYSIA


Asas Pandangan Alam Barat (Tidak Bersepadu)
  •  Alam jasmani dan alam mental satu-satunya alam nyata dan hakikat dalam rohaniah tidak wuju
  •  Tidak ada hakikat atau kebenaran mutlak
  •  Perjalanan alam semesta tertakluk kepada proses evolusi
  • Alam semesta mempunyai hokum-hukum yang tidak berubah
  • Terdapat keseragam hukum dalam sejarah alam
  • Manusia adalah natijah paling istimewa proses evolusi alam
Asas Pandangan Alam Melayu Islam (Bersepadu)
  • Tuhan adalah hakiki yang paling tinggi
  • Tidak semua peristiwa dan fenomena tabii dapat diterangkan secara jasmani
  • Konsep evolusi dalam sains Islam tidak menyarankan bahawa hakikat yang lebih tinggi boleh muncul
  • Rahsia alam tidak mungkin dapat diketahui serba-serbinya
  • Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan dilantik sebagai khalifahnya di muka bumi.
KONSEP 3G
  • Tujuan penjajahan Barat ke seluruh dunia
  • Hinggakan keseluruhan dunia ini telah dibahagi-bahagikan kepada kuasa-kuasa tertentu
Gold
  • Emas atau kekayaan
  • Mendapatkan bahan mentah yang murah serta pasaran yang telah tersedia
  • Kekayaan ini diperlukan bagi memangkin kemajuan industry Barat yang sedang berkembang pesat
  • Indonesia – rempah, India – kapas, Afrika – emas dan perak dan China – sutera.
Glory
  • Kejayaan dan kemegahan
  • Bermegah-megah dengan kejayaan dan apa yang diperolehi serta dikuasai
  • Mereka memerlukan kemegahan bagi dipersembahkan kepada Raja/Ratu
  • Mereka sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan kemegahan ini
God
  • Mereka anggap orang kulit putih adalah yang terbaik dan terpilih serta mempunyai agama yang benar
  • Agama-agama lain tidak betul dan ia perlukan pembetulan dan penyebaran
  • Penyebaran agama Kristian dilakukan secara paksa kerana mahu menegakkan kerajaan Tuhan di muka bumi ini

konsep jihad


  • Unsur dalam jihad adalah elemen kesungguhan dan dedikasi dalam melaksanakannya.
  • Ia di lambangkan dengan pengorbanan dua factor yang sangat berharga bagi setiap manusia iaitu harta dan nyawa.
  • Para ulama kontemporari seperti Muhamad Al-Ghazali, Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain menegaskan bahawa segala keadaan yang ada disekeliling umat Islam sekarang menunjukkan bahawa jihad yang perlu dihadapi oleh umat Islam lebih menyeluruh.
RUANG LINGKUP JIHAD
  • -Merangkumi pelbagai aspek seperti harta benda, jiwa raga, dan juga tutur kata
  • -Disebabkan perubahan yang diperlukan untuk menjadi kuat dan mulia.
  • -Kemantapan pendidikan dan ketinggian ilmu dalam pelbagai lapangan, termasuk teknologi :
  1. Kemantapan ekonomi
  2. Kemantapan masyarakat dan perpduan
  3. Kemantapan ketenteraan
  4. Kemantapan politik dan pemerintahan
  5. Kemantapan ICT
  • Ruang jihad lingkup masa kini ialah :
  1. Jihad melawan musuh dalam dan luar
  2. Jihad pendidikan, pembinaan kerohanian, menuntut ilmu
  3. Jihad ekonomi
  4. Jihad politik dan pemerintahan
  5. Jihad penyebaran maklumat yang benar
  • Jihad dalam ruang lingkup tersebut ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan manusia bagi memenuhi tuntutan untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini.

PERANAN JIHAD DALAM PEMBANGUNAN AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA


  • Mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t kerana dia telah berusaha, berjuang, dan berkorban untuk menegakkan agama Allah s.w.t
  • Jihad mempunyai konsep yang cukup luas kerana ia bukan sahaja berjuang melawan musuh dan mencakupi aspek peperangan semata-mata bahkan lebih luas lagi iaitu untuk memperkasakan Islam dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan manusia
  • Allah mencipta insan dengan 3 bakat iaitu :
  1. Bakat aqliyyah – membolehkan perkembangan pemikiran berlaku,
  2. Bakat rohaniyah – membolehkan kekuatan dalaman subur
  3. Bakat jasmani – menyebabkan ketangkasan dan kecergasan berlaku
  • Umat Islam perlu memantapkan diri mereka dengan akidah Islam yang kukuh.Akidah memainkan peranan yang besar untuk melahirkan pengorbanan jihad dalm menghadapi musuh
  • Jihad juga bererti mengerahkan segala kemampuan yang ada atau sesuatu yang dimiliki untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan serta menolak kebatilan dan keburukan dengan mengharapkan keredhaan Allah.
  • Jihad mengandungi satu usaha ynag bersungguh-sungguh dan berjuang serta berkorban untuk menegakkan Islam dan memelihara kepentingan umum manusia kepada kehidupan yang lebih sejahtera 

GLOBALISASI


  • Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. 
  • Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai “hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya” (Giddens,A.2000). 
  • Menurut Martin Albrow pula, “Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global.
Kesan Globalisasi

Aspek budaya
  • Kita sentiasa dibanjiri dengan filem barat.
  • Budaya barat dijadikan pendapatan lumayan dengan disokong oleh sejumlah dana pelaburan
Imprealisme
  • Membentuk jelmaan palsu diri umat islam yang menghapuskan jihad , mengembangkan trend permissiveness, serta melemahkan komitmen generasi baru kepada sahsiah islamiah sepertimana yang dilakarkan oleh Al-Quran dan Al-Hadis
  • Alas an untuk memerangi apa yang mereka dakwa sebagai ciri keganasan dalam islam
Aspek politik
  • Menganggap bagawa dasar politik islam adalah bercanggah dengan nilai tamadun antarabangsa .
  • Menindas wanita dan sebagainya
Aspek ekonomi
  • Sumber ekonomi negara-negara umat islam yang penting seperti minyak, bijih, emas dan sebagainya
  • Mereka mahu memastikan Negara umat islam tunduk kepada polisi dan undang-undang perdagangan antarabangsa yang lebih memihak kepada kepentingan mereka dan sekutu-sekutu mereka
  • Dunia dimanipulasi sepnuhnya sehingga segala peraturan perdagangan dunia akn ditentukan untuk kepentingan diri sendiri.

takut kepada islam


Barat memandang islam sebagai satu bahaya yang mengancam dan akan menghancurkan mereka. Islam juga dianggap sebagai parasit yang boleh menyerang dan memusnahkan mereka (Esposito, J. 1999)

TIPU HELAH ZIONIS
  • Gerakan zionis ialah org dibelakang tabir dalam mewujudkan dan memarakkan api dendam antara Islam dan Kristian.
  • Sumbangan mereka amat besar dalam menghuru harakan dunia islam dan mencipta api [emusuhan antara kristian dan Islam
  • Perancangan zionis amat rapi, mereka mencipta istilah “fundamentalis” dan “pengganas” serta melaungkan bahawa inilah musuh bagi barat dan Negara islam itu sendiri
KELEMAHAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI
  • Kelemahan umat islam itu sendiri telah menyebabkan islam dipandang sepi dan hina .
  • Islam dianggap lemah dari sudut pengetahuan , ekonomi , politik , social dn teknologi.
  • Menyebabkan islam mudah untuk dikuasai oleh barat dan selepas itu wujud konflik , tetapi apabila hendak ber tindak balas , umat islam tidak mampu kerana kelemahan tersebut.

keganasan


  • Serangan dan penindsan terhadap Islam boleh dilihat dimana saja diseluruh dunia
  • Pelbagai sekatan dan kekangan serta penindasan terpaksa dilalui oleh islam semenjak saman Rasullulah s.a.w lagi sehinggalah sekarang dan pastinya akan berlanjutan hingga ke masa hadapan .
  • Keganasan adalah merupakan satu strategi untuk mencapai objektif politik.Ia boleh ditakrifkan dalam banyak makna. Biasanya makna tersebut bergantung kepada pihak yang mentafsirkannya
FBI
“ pengunaan paksaan atau perlakuan ganas secara salah keatas mana-mana orang atau harta untuk menakutkan atau memaksa kerajaaan , penduduk yang bertamadun atau sebarang segmen untuk melaksanakan objektif social atau politik”

Jabatan Pertahanan Amerika
“ Iaitu perbuatan ganas atau ancaman keganasan untuk menanamkan rasa takut bertujuan memaksa atau menakutkan kerajaan atau pertubuhan bagi memenuhi matlamat yang biasanya berifat politik, agama mahupun ideology”

Kerajaan Britian
“ mengunakan ancaman bagi tujuan melaksanakan tujuan dan tindakan politik , agama , ideology , mengunakan keganasan serius ke atas mana.mana orang atau harta”

Kamus Oxford English
“ keganasan ialah pentadbiran melalui tindakkan menakut-nakutkan”

CIRI-CIRI KEGANASAN
  • Tujuan untuk mengulingkan kerajaan atau mengadakan kerosakan dan pembunuhan yang menyebabkan ketakutan secara terancang
  • Segala cara dibolehkan asal sahaja tujuan mengesahkannya
  • Serangan diselengarakan secara rahsia untuk menimbulkan kejutan takut
  • Tumpuan besar pada melemahkan semangat supaya pihak lawan menyerah
  • Ugutan, tompakan , penipuan dan segalanya digunakan sebagai cara bertindak
  • Mereka yang terlibat akan diperkuatkan keazamannya dengan idealism keganasan yang berkesan





Malaysia Sebagai Hub Produk Halal




Hub halal boleh didefinisi sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Konsep halal  adalah berdasarkan ajaran agama Islam.

Makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepatisyarat-syarat berikut:

  • Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikuthukum syarak.
  • Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.
  • Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari bahan-bahan najis menurut syara.
  • Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya,makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, batau c di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak.

Tujuan

Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

1. Memacu pertumbuhan ekonomi Negara
  • Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai hub Halal Dunia, peluang untuk negara sebagai pengeluar utama produk halal.
  • Usaha kerajaan menjadikan malaysia sebagai hub Halal Dunia kerana nilai pasaran pada 2010 bernilai RM 8 trillion dan dianggarkan menjangkau  RM 18 trillion menjelang 2011.
  • Industri PKS berasaskan produk hahal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini melonjakan pendapatan negara.
2. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
  • Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, mengurangkan penggangguran dan mencipta peluang pekerjaan.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan.
  • Meningkat pendapatan isi rumah.
3. Pasaran yang luas

  • Pasaran untuk penduduk Islam berjumlah 2 billion atau 60 peratus penduduk Asia- pasaran yang luas dan produk halal senang untuk dipasarkan.
  • Pasaran untuk negara-negara Islam atau Timur Tengah adalah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA ).
  • Di Asia lebal halal dipandang tinggi di Jepun, Thailand sebagai pelaris jualan atau ‘marketing tool’ , pasaran Eropah.
4. Pemindahan teknologi
  • Menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia dalam industkusan halal. Contohnya negara-negara Islam di seluruh dunia.
  • Teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba…, Korea Selatan, Taiwan dan China.
  • Teknologi Pengredan bahan dan makanan memajukan industri sosej dan burger halal.
5. Halallan toiyiba (Halal lagi baik)
  • Halal dari segi sumber, cara penyediaan, bah an dan kandungan produk halal.
  • Mengutamakan kebersihan dan kesucian daripada unsur subahat.
  • Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia 
Isu Halal Haram Masa Kini

Pelbagai isu mengenai penyelewengan sama ada logo halal, cara pembuatan dan percampuran barangan yang tidak halal didedahkan dalam surat khabar.Ini menjadikan kebimbangan terhadap masyarakat Islam yang mencari produk halal untuk kegunaan seharian mereka.
Antara isu yang timbul pada masa kini ialah seperti sebuah gerai yang bergerak di Desajay, Kepong menjual daging babi salai yang dibungkus dalam plastic berlogo halal jakim. Beberapa orang Islam suadah terpedaya dengan logo ini dan menbeli daging itu.

Kesimpulannya

Industri halal berpotensi menjana ekonomi negara, meningkat KDNK (keluaran dalam negara kasar), peluang pekerjaan baru, pengenalan teknologi baru dan peluang negara Islam menguasai industri halal dunia.

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT


Isu-isu kontemporari terdiri daripada dua iaitu : 

Politik
            Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku iaitu bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini secara tidak langsung memberi impak dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan, mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia iaitu  melalui pendekatan globalisasi.

            Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada pelbagai pengaruh. Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak pernah hilang. Sebagai contoh,  dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

            Terdapat banyak isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini iaitu bagaimana umat Islam ditindas dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam. 

Media
           
            Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka.

            Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka. Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan, menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.    


Kelahiran islam


Sejarah permulaan Islam boleh dilambangkan huruf yang begitu ringkas iaitu huruf “Alif” dalam perkataan “Iqra’” yang bermaksud baca, yang telah diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. pada tahun 610 Masihi di Gua Hira’. Sekaligus, ianya melambangkan betapa mudahnya permulaan firman Allah kepada manusia, yang seterusnya diwahyukan secara beransur-ansur kepada Rasulullah S.A.W. dalam tempoh 23 tahun sehingga kewafatan Baginda. Selepas kewafatan Rasullullah S.A.W., kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Umayyah, Abbasiyyah, Seljuk Turki Seljuk, Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India dan Kesultanan Melaka. Kerajaan-kerajaan ini merupakan antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia yang menawarkan tempat pembelajaran ilmu yang hebat. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah, para ilmuan dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
 
Selepas kewafatan Rasullullah S.A.W., kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Umayyah, Abbasiyyah, Seljuk Turki Seljuk, Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India dan Kesultanan Melaka. Kerajaan-kerajaan ini merupakan antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia yang menawarkan tempat pembelajaran ilmu yang hebat. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah, para ilmuan dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

sumbangan islam kepada tamadun dunia


Sejak wahyu pertama diturunkan Allah S.W.T. kepada Rasulullah, Islam telah membuat banyak sumbangan penting kepada tamadun dunia melalui penemuan-penemuan saintifik dan ilmiah yang berguna dan indah yang digunapakai sehingga ke hari ini. Ahli falsafah, ilmuan dan saintis Islam telah memberi dunia pelbagai inovasi dalam bidang perubatan, matematik, sains, seni, senibina, muzik dan sebagainya, terutama semasa Zaman Keemasan Islam.

Antara tokoh saintifik Islam paling masyhur ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sina yang telah menulis 246 buku termasuk ‘Kitab-al Shifa’ dan ‘Al-Qanun fit Tibb’ yang menjadi panduan utama bagi bidang sains perubatan di Barat dari abad ke 12 hingga 17. Perhatian terhadap bidang perubatan bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda, "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua". Mengambil iktibar dari sabda Baginda, hospital-hospital dan klinik-klinik ditubuhkan di seluruh dunia Islam, dan yang paling awal telah dibina pada 707 Masihi di Damsyik semasa pemerintahan Khalifah Walid ibn Abd a-Malik.

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo. Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden. Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.
  • Click to enlarge image 1_ibn.sina.jpg
  • Click to enlarge image 2_al-buruni.jpg
  • Click to enlarge image 3_ibn-firnas.jpg
  • Click to enlarge image 4_al-battani.jpg
Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo.

Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan.

Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.

Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.

Sumbangan islam dalam bidang sains


Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains termasuklah biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi. Umat Islam Sepanyol contohnya telah menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah.

Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.

Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan oleh keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menyangkut soal hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.

Umat Islam di arahkan agar mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah mendalami ilmu persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap terus terpelihara. Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna.

Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya bagi memantap dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan. 

Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia. Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim Ibn Ishak (808 - 873M) Thabit Ibn Qurah (834 - 901M) yang telah menterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yang digunakan pada hari ini (1, 2, 3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. 

Kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, Para sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan-perpustakaan besar hari ini.

Untuk lebih jelas lagi sumbangan Islam dalam bidang sains cuba kita perhatikan sumbangan mereka pada setiap ilmu sains seperti kimia, biologo, fizik, perubatan, botani, matematik, astronomi, geografi dan pelayaran, kejuruteraan dan kesenian.

Pembinaan Tamadun Jepun


PENDAHULUAN

Gambatte! Gambatte! Acapkali perkataan ini diteriak dari mulut orang-orang Jepun terutamanya anak-anak muda Jepun apabila ingin memberi semangat kepada saudaranya yang sedang berusaha melakukan sesuatu. Itulah kunci kejayaan masyarakat Jepun! Saling memberi semangat dan sentiasa bekerjasama. Ketamadunan Jepun yang telah bermula sejak ribuan tahun dahulu merupakan asas kemajuan negara Jepun yang maju pada hari ini.



Ketamadunan Jepun yang pesat membangun seringkali dijadikan contoh oleh negara-negara membangun yang lain. Walaupun, Hiroshima dan Nagasaki telah dihancurkan dengan bom atom Amerika Syarikat, mereka mampu bangkit dengan masa yang singkat sehingga menjadi kuasa ekonomi unggul Asia.

Bagi memperhalusi lagi perbincangan kita tentang topik ini, marilah kita mendekati definisi-definisi kata kunci yang terdapat dalam perbincangan ini. Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘maddana’ yang bererti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Tamadun juga membawa erti pembukaan bandar. Edward L. Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi. Profesor Wan Hashim Wan Teh berpendapat bahawa perbezaan antara tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya. E.B Taylor, seorang ahli antropologi mendefinisikan tamadun sebagai merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Menurut Jacqueta Hawkes, tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Manakala seorang sejarawan materialis, Gordon Childe memberi penekanan kepada pencapaian material sebagai lambang ketamadunan sesebuah masyarakat.

Istilah Jepun pula secara umumnya merujuk kepada negara Jepun yang terletak di Timur Asia. Menurut CIA World Factbook yang dikeluarkan oleh CIA (Crime Investigation Agency/Agensi Penyiasatan Jenayah) Amerika Syarikat, istilah ‘Japan’ yang membawa maksud Jepun dalam bahasa Melayu merujuk kepada sebuah negara yang kedudukannya 36 00 U, 138 00 T dalam peta dunia dan berkeluasan 377, 835 kilometer persegi. Menurut laman web Wikipedia pula Jepun atau nama rasminya Nippon-koku atau Nihon-koku merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Timur Asia.

Perkataan ‘maju’ pula menurut Kamus Dewan Edisi Baru membawa maksud bertambah baik keadaannya atau tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll). Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia, perkataan maju membawa maksud melangkah ke depan, bertambah berhasil dalam mengembangkan perusahaan, lulus dalam ujian. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia pula, perkataan maju membawa maksud berjalan(bergerak) ke muka, tampil ke muka, mendesak ke depan (tentang persatuan), menjadi lebih baik (laku, pandai, dsb), berkembang.

GEOGRAFI, DEMOGRAFI DAN SEJARAH JEPUN

Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawan Jepun. Orang-orang Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji (186-19120 dan Taisho (1912-1926). Selepas perang kedua, Nihon sebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada Jepun.

Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, merupakan pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat perlima daripada penduduk Jepun masa kini. Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, perairan, dan sungai-sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am, iklimnya adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.

Empat perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di Teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat. Dataran-dataran tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama. Oleh hal itu, dataran-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di kalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga telah berkahwin campur bangsa Ainu.

Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu hidup di Jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain, menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin telah diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun (suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke-8 Tahun Masihi), orang-orang Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai orang Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi proses pemupusan dan mereka hidup dalam penempatan-penempatan kecil di Hokkaido.

Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal mendiami Jepun. Pada asasnya mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungut makanan. Kemungkinan juga mereka telah menduduki beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah memiliki kebudayaan yang meyerupai zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah menggunakan alat-alat harian yang telah diperbuat daripada serpihan batu yang telah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.

Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.

Menjelang tahun 5000 SM, dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Hal ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma semula.

Pada hampir tahun 200 Sebelum Masihi, pengaruh kebudayaan dari negara China mula mengalir masuk ke Jepun. Dinasti-Han di negara China(206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan membuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta periuk-belanga tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir abad ke-14 Masihi. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan kemas.

Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun pada awal sejarahnya. Pada zaman pemerintahan Kamasura, Jepun telah memperlihatkan pertambahan hasil ekonomi. Pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi, hasil pembuatan serta penggunaan alat-alat pertanian telah meningkat. Hal ini menyebabkan lebihan hasil pertanian. Justeru itu banyak bazar dan kedai telah didirikan. Penanaman padi diberikan penumpuan. Pada ketika ini, masyarakat Jepun juga menghasilkan tembikar daripada tanah liat sebagai tambahan kepada pendapatan yang sedia ada kerana sektor tanaman tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tanaman padi amat mudah terjejas dengan perubahan iklim. 

Selain hal itu perlombongan juga merupakan satu pekerjaan yang mendatangkan hasil yang lumayan ketika itu contoh hasil galian ketika itu ialah emas, perak, tembaga, merkuri dan timah. Pertukaran wang juga telah meningkat dengan pesat. Perkembangan ekonomi wang menyebabkan ramai pedagang melibatkan diri dalam perdagangan beras dan sake (sejenis arak yang dibuat daripada beras). Ekoran kegiatan perdagangan yang semakin berkembang, masyarakat Jepun telah melibatkan diri dalam bidang perindustrian sehinggalah ke hari ini.

Pada Zaman Meiji, pendidikan dan ilmu pengetahuan telah menjadi agenda penting untuk menandingi kuasa-kuasa Barat. Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara tersebut. Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pada ketika ini, pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun. 

Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran di Jepun telah ditubuhkan manakala setahun kemudian, negara Jepun telah dibahagikan kepada lapan daerah pelajaran. Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih 28 000 buah sekolah rendah dengan hampir dua juta orang murid. Walaupun Jepun telah bergelar negara yang membangun, namun Jepun tetap memberi tumpuan dan penekanan dalam bidang pendidikan. Ia merupakan salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baharu dibentuk. Pendidikan moden di Jepun wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk pada tahun-tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua, iaitu mengikut sistem pendidikan Amerika Syarikat.

FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN JEPUN YANG MAJU

Kemajuan Jepun yang sangat pesat membangun membuatkan banyak negara beralih arah ke Jepun. Banyak negara menjadikan Jepun sebagai contoh dalam pembinaan negara bangsa mereka. Sebagai contoh pada tahun 1981, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Mahathir Mohamad telah mengasaskan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh utama dalam proses merealisasikan Wawasan 2020.

Pasti ramai tertanya-tanya apakah formula yang digunakan oleh masyarakat Jepun amnya dan para pemimpin Jepun khasnya dalam proses menjadikan Jepun sebuah negara yang pesat membangun dan maju di rantau Asia. Ramai para cendekiawan berpendapat bahawa aspek kerohaniaan iaitu agama dan falsafah telah menjadikan masyarakat Jepun sebagai sebuah masyarakat yang maju, rajin bekerja dan berdaya saing.

Dalam norma-norma hidup masyarakat Jepun, keluarga merupakan unit terpenting dalam masyarakat Jepun. Perhubungan ahli keluarga dikawal rapi oleh sistem hierarki yang tegas. Kuasa ibu bapa sangat kuat dan berpengaruh dalam pembentukan masyarakat Jepun. Oleh hal yang demikian unit keluarga merupakan lingkungan yang paling berkesan dan efektif dalam menyebar dan menyerap nilai-nilai rohani dan falsafah masyarakat Jepun dalam jiwa anak-anak muda Jepun. Nilai-nilai, konsep-konsep dan falsafah inilah yang menjadi mangkin kepada kemajuan Jepun pada hari ini.

Muraishiki yang bermaksud kesedaran sekampung merupakan salah satu intipati falsafah hidup masyarakat Jepun. Melalui nilai muraishiki ini, maka lahirlah pelbagai pola hidup, adat resam dan bahasa masyarakat Jepun. Nilai atau semangat muraishiki ini sama seperti semangat assabiyah yang terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliyah yang mana mereka sangat taksub dengan masyarakat mereka atau dengan kata lain semangat kekitaan. Nilai muraishiki merupakan tunjang kepada semangat kejepunan masyarakat Jepun sehinggakan mereka curiga dengan orang asing.

Dewasa ini, nilai atau semangat murashiki sangat jelas dapat dilihat pada masyarakat Jepun. Sebagai contoh, mereka sangat mengagungkan bahasa mereka sendiri sehinggakan para pelancong yang datang ke Jepun terpaksa menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk membantu mereka daripada masalah salah faham dengan penduduk tempatan. Para pelajar asing yang menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti jepun juga terpaksa mempelajari bahasa Jepun untuk memahami kuliah yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah di sana. Hal inilah yang dikatakan semangat kejepunan. Mereka sangat mengagungkan bahasa dan budaya masyarakat mereka sehingga mereka mengamalkan dasar tutup pintu pada abad-abad sebelum tahun 1865.

Konsep konjo ga aru (mempunyai konjo) merupakan konsep yang digunakan untuk menanamkan semangat berjuang, kesanggupan keazaman, ketabahan dan keberanian. Seseorang yang mempunyai semangat konjo akan melaksanakan sesuatu pekerjaan walaupun banyak halangan yang ditempuhi. Halangan yang dihadapi oleh masyarakat Jepun bukanlah sesuatu yang dijadikan alasan sebagai kegagalan kepada sesuatu kejayaan, sebaliknya halangan tersebut dijadikan sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan usaha ke arah kejayaan. Konjo merupakan satu usaha tambahan selain kepakaran dan pengalaman yang menjadikan seseorang itu akan lebih baik daripada orang lain. Hal ini telah menjadikan masyarakat Jepun sebagai satu masyarakat yang rajin bekerja dan berusaha untuk mempertingkatkan hasil yang lebih produktif dan mengkagumkan.

Selain konsep muraishiki dan konjo ga aru, masyarakat Jepun juga sangat berpegang kepada konsep On. Konsep on merupakan satu kewajipan sosial dan psikologi apabila menerima pertolongan daripada individu lain. Perkataan on berasal daripada masyarakat pahlawan, yang dipercayai berasal daripada kisah ketua-ketua pahlawan menghadiahkan sebidang tanah kepada setiap para pengikutnya. Dalam masyarakat Jepun moden, mereka yang berkedudukan tinggi akan menjaga kewajipan orang bawahannya. Orang bawahan ini akan terasa terhutang budi (On) dan akan membalasnya dengan memberikan rasa hormat dan kesetiaan. “Oya no on” pula adalah rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa dan ianya biasa dilaksanakan dengan cara menjaga kedua-dua mereka apabila mereka sudah tua.

Konsep Karuna merupakan satu konsep kasih sayang sesama makhluk yang menjadi pegangan masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun amat mementingkan nilai-nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian mereka. Konsep ‘karuna’ ini diperkenalkan di Jepun memandangkan Jepun pada suatu masa dahulu seringkali terlibat dalam banyak peperangan dalam negeri. Melalui konsep ‘karuna’ ini, pihak yang menang dalam sesuatu peperangan seharusnya mengadakan suatu upacara untuk memohon doa semoga roh mereka yang terkorban sama ada daripada pihak kawan mahupun pihak lawan. Mereka mengharapkan agar roh-roh mereka yang terkorban ini berada dalam keaddan yang sejahtera. Ajaran ini telah dipraktikkan oleh salah seorang panglima tentera Jepun yang terkenal, iaitu Hojo Tokimura. Beliau telah mengadakan upacara tersebut sebaik sahaja tentera Jepun berjaya mengalahkan tentera Monggol pada akhir kurun ke-14 Masihi. Upacara yang sama juga telah diadakan semasa peperangan Jepun melawan Rusia (1904-1905). Tentera Jepun telah memohon restu semoga roh mereka-mereka yang telah gugur di medan perang senantiasa aman dan sejahtera. Falsafah ini telah turut mendominasi masyarakat Jepun yang telah menyerap kebudayaan dan tradisi masyarakat Jepun.

Selain faktor falsafah, faktor lain yang menjadi pemangkin kepada kejayaan tamadun Jepun ialah rangsangan keagamaan dan kerohaniaan. Sejak sekian lama, ajaran agama Shinto menjadi tulang belakang kepada asas kerohanian masyarakat Jepun. Ajaran agama ini telah menjadi amalan masyarakat Jepun sejak ribuan tahun dahulu. Namun pada hujung kurun ke-16, agama Buddha telah meresap ke dalam masyarakat Jepun dan berkembang dengan meluas kerana mendapat sokongan daripada Putera Shotoku yang memerintah ketika itu. Putera Shotoku merupakan orang pertama yang mempelbagaikan kehidupan masyarakat Jepun dengan pemikiran dunia Buddha. Kemasukkan agama Buddha ke Jepun dibuktikan dengan pembinaan sebuah patung Buddha yang amat besar bernama Gakku Busatsa yang dibuat daripada tembaga dan memerlukan raqmai tenaga buruh untuk membinanya.



Selain Shinto dan Buddha, masyarakat Jepun juga menerima kemasukkan ajaran Kung Fu-Tze atau Confucius. Ajaran confucius telah mempengaruhi pemikiran orang Jepun melalui lima prinsip yang menjaga hubungan sesama manusia iaitu:-

(a) Hubungan raja dengan rakyat.
(b) Hubungan anak lelaki dengan ayah.
(c) Hubungan adik dengan abang.
(d) Hubungan isteri dengan suami.
(e) Hubungan kawan dengan kawan.

Prinsip-prinsip tersebut telah berjaya melahirkan rakyat Jepun yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan negaranya. Hal ini membawa kepada semangat berani mati dan mereka beranggapan bahawa Maharaja Jepun merupakan wakil Tuhan. Oleh hal itu, rakyat perlu taat dan setia kepada maharaja dan memastikan supaya kedudukan maharaja sentiasa terpelihara.

Faktor ketiga kepada kemajuan tamadun Jepun ialah dari aspek pendidikan. Sistem pendidikan di Jepun telah dimantapkan sejak Zaman Nara lagi. Pada zaman ini, kemasukan tulisan Cina berkembang luas dengan pengubahsuaian dilakukan. Oleh hal itu, sistem pendidikan amat dititikberatkan apabila masyarakat Jepun digalakkan belajar, walaubagaimanapun kaum wanita tidak dibenarkan belajar. Selain hal itu, Maharaja Temmu juga telah mengarahkan penulisan dua buah buku iaitu Kojiki dan Nihonshoki. Zaman Nara juga dikatakan mempunyai kesusasteraan yang hebat dengan penulisan sebuah buku bertajuk Genji Manogatari yang telah ditulis oleh seorang wanita bernama Murasaki Shikibu. Pada zaman Heian, keluarga Fujiwara terkenal dengan peranannya yang memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian dalam masyarakat Jepun. Terrakoya atau sekolah rakyat telah didirikan hampir 60 000 buah pada zaman Keshogunan Tokugawa. Antara subjek-subjek yang diajar di terrakoya ialah ajaran confucius, buku-buku klasik Cina, seni lukis, ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki, No, Kyogen dan sebagainya.

Maharaja Meiji, yang terkenal dengan sumbangannya dalam pemodenan Jepun telah menyedari kepentingan pendidikan dalam proses pembinaan tamadun yang maju dan dihormati. Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutamanya untuk menjadikan kuasa ekonomi dan militari termoden. Menjelang bulan Jun 1968, Meiji memberikan kebebasan kepentingan mencari ilmu pengetahuan khususnya dari barat. Oleh hal yang demikian, Jabatan Pelajaran tekah ditubuhkan pada tahun 1871 dan menekankan aspek pendidikan awal dan menengah. Pada tahun 1872 pula Jepun dibahagikan kepada lapan kawasan pelajaran. Setiap kawasan pelajaran mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak berusia enam tahun ke atas menerima pelajaran wajib selama 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih kurang 28 000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid hampir dua juta orang. Keadaan ini menyebabkan majoriti rakyat Jepun celik huruf dan cekap dalam bidang teknikal serta bersedia menerima pembangunan.


Universiti Diraja Tokyo ditubuhkan pada tahun 1886 manakala menjelang tahun 1910, beberapa buah universiti diraja ditubuhkan di Sapporo, Kyoto dan Fukuoka. Seluruh sistem pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang menuntut rakyat menjadi warganegara yang terlatih dan berdisiplin. Perintah Diraja mengenai pelajaran dikeluarkan pada tahun 1890 yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus ditetapkan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi di Jepun. Walaupun Jepun sudah bergelar sebagai sebuah negara maju, namun Jepun tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan. Hal ini merupakan salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baharu dibentuk. Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun-tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua, iaitu mengikut sistem yang berasaskan sistem Amerika Syarikat. Kejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan kadar celik huruf di Jepun ialah 99%! Pada tahun 2003, OECD telah mengeluarkan satu laporan yang bertajuk ‘OECD PISA 2003 report’ yang mengukur tahap kecerdasan kemahiran membaca dan subjek sains pada kanak-kanak diseluruh dunia. Dalam subjek sains, kanak-kanak Jepun telah menduduki tempat ke dua dibelakang Finland dengan mata sebanyak 548. Dalam kemahiran membaca pula, kanak-kanak Jepun menduduki tempat ke-13. Laporan ini membuktikan bahwa sistem pendidikan Jepun amat berkesan dan merupakan faktor kepada kemajuan tamadun Jepun.

Kesengsaraan dan tekanan hidup serta ancaman luar yang kritikal pada masa-masa dahulu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara Jepun pada hari ini. Tekanan dan kesengsaraan hidup melonjakkan kegigihan dan solidariti masyarakat untuk mengatasinya. Cuaca yang sukar diramal, peperangan yang sering berlaku, kekurangan tanah pertanian, ancaman kebuluran, bencanan alam yang dahsyat, kemarau dan wabak penyakit menjadikan masyarakat Jepun sebuah masyarakat yang kental, rajin bekerja, berdikari dan mempunyai daya toleransi dan asimilasi yang positif terhadap elemen budaya asing.

Contoh yang paling terkenal untuk diambil ialah peristiwa pengeboman Horishima dan Nagasaki pada masa-masa Perangan Dunia ke-2. Masyarakat Jepun tidak lemah, sebaliknya mereka bangkit semula dan melakukan loncatan jauh yang membuatkan mereka berjaya meninggalkan ramai negara yang lebih tua daripada mereka ke belakang.

RUMUSAN

Jepun merupakan kuasa yang kuat di seluruh Asia dan juga diperingkat antarabangsa dari segi ekonomi. Perkembangan pesat dalam pelbagai bidang membawa perubahan dalam beberapa aspek. Perkembangan teknologi dan maklumat mendedahkan masyarakat Jepun kepada dunia luar yang mengakibatkan penerapan nilai-nilai dan unsur-unsur lain dalam peradapan indigenusnya. Namun, masyarakat Jepun masih mengekalkan banyak aspek yang menjadi tradisi dan identiti bansa Jepun.

Agama yang menjadi pegangan hidup kepada masyarakat Jepun, walaupun mengalami evolusi-evolusi tertentu, masih mengekalkan kebanyakkan nilai asalnya. Agama Shinto merupakan agama kebangsaan yang melambangkan identiti bangsa Jepun. Selain hal itu, agama lain seperti Buddhisme juga turut berasimilasi dengan unsur asal Jepun dan seterusnya berkembang ke seluruh Jepun. Aspek agama mengalami perubahan yang paling kecil jika dibandingkan dengan aspek-aspke lain. Dari segi sosial pula, sesuatu yang menjadi warisan turun-temurun ialah bahasa dan tulisan Jepun. Bangsa Jepun amat mementingkan bahasa kebangsaannya kerana semangat nasionalismenya dan perpaduan bangsa yang tinggi. Hal ini jelas kelihatan pada hasil keluaran barangan Jepun dan sistem pendidikan Jepun.

Walaupun struktur sosial Jepun mengalami perubahan yang ketara, terutama penghapusan sistem feudal. Namun, kedudukan Maharaja Jepun masih dikekalkan kerana beliau dianggap keturunan dewa. Sukan-sukan seperti judo, kendo dan kyudo merupakan aspek yang tidak mengalami pembaharuan besar. Sehingga kini, sukan-sukan ini masih dipraktikkan dengan giat dan melambangkan identiti bangsa Jepun. Selain hal itu, perayaan-perayaan penting tidak kira kategori agama atau sosial juga dikekalkan.

Aspek ekonomi mengalami perkembangan yang paling ketara, iaitu daripada negara yang berlandaskan sumber semulajadi kepada perindustrian moden. Namun, pertanian masih mempunyai kepentingannya dalam ekonomi Jepun. Selain ekonomi, kebanyakkan unsur tradisi masyarakat Jepun masih dikekalkan. Perubahan yang berlaku hanya sekadar menyesuaikan tradisi lama supaya setimpal dengan perkembangan zaman. Evolusi ini seolah-olah mewarnakan tradisi dengan unsur baharu.

Oleh hal yang demikian, masyarakat Malaysia seharusnya mengambil nilai-nilai dan unsur-unsur positif untuk dijadikan amalan hidup selagi unsur-unsur dan nilai-nilai tersebut tidak melanggar garis panduan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia, jika Melayu agamanya tentulah Islam dan sebagainya. Diharapkan dengan asimilasi budaya Jepun ini, cita-cita Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan demi melakukan tranformasi ke arah sebuah negara Islam yang maju dan sebuah peradaban ketamadunan Malaysia yang maju dan disanjung masyarakat sekeliling.
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”.

Copyright@2012 by TITASholic