Tamadun China


Tamadun China dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh kebudayaan Longshan.
Latarbelakang Perkembangan Tamadun (China) Zaman Permulaan
Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal. Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. 


a) Zaman Permulaan- Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.- Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini.- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. 

b) Zaman Pertengahan/keagunganTahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun
China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya. 

c) Zaman Peralihan- Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas
China.- Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar.- Abad ke-13,
China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song.-
China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15,
China sekali lagi diperintah oleh orang asing – orang Manchu. 

d) Zaman Moden- Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada
China.- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina.- 1839-1842
China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.- Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation”
China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal. 
SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA
Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan. Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze. 
Kosmologi Cina 
a. Tian- Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. 
b. Di/Ti- Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. 
c. Dao/Tao- Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. 
d. Konsep Yin dan Yang- Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.- Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi. 
e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung- Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.
 f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung- Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima. 


KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA 
Confucious-     Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.-     Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia.-     Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. Taoisme/Daoisme-    Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”>-     Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian.-     Mendukung aspek dualisme – menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang. 
Legalisme - Dihasilkan oleh Hsun-Tzu. Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat.-     Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. 
Mo-Tzu- Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou. Menekankan “universal love” dan persamaan taraf. Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan. Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. 
Humanisme- Merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal kemanusiaan. Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina – penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme. 
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA 
Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan. Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ch’ing – tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat. Perkara paling jelas dalam sistem social masyarakat Cina ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai 5 hubungan iaitu: 
- Hubungan antara suami dengan isteri 
- Hubungan bapa dengan anak 
- Hubungan adik beradik
- Hubungan pemerintah dan rakyat
- Hubungan antara kawan-kawan 
Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat Cina 
a. Konsep Ren/Jen- Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa Filial Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas kepada kasih sayang dan peri kemanusiaan. - Confucious menjelaskan Jen – love man- Mencius menjelaskan Jen – kebaikan dalaman manusia.- Neo-Confucianisme menganggap Jen – mendisplinkan diri seseorang.- Glongan ortodoks menganggap Jen – kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah. 
b. Konsep Junzi- Junzi membawa maksud personality yang ideal – berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan. 
SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA Asas penting perkembangan sains dan teknologi China ialah :
a. Konsep Yin dan Yang 
b. Teori Lima Unsur 
Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China
a. Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi.- Karya perubatan yang terkenal   
     -Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori-teori perubatan China.   

b. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan falsafah perubatan
China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman.   
c. Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching.   
d. Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan. 
b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal   
a. Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying.   

b. Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik. Ahli   matematik
China yang terkenal   1. Liu Hiu   2. Li Zhi   3. Li Shanlan 
c) Bidang Astronomi- Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. 

Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi
  1. Alkimia
  2. kompas
  3. serbuk letupan
  4. kertas
  5. percetakan
  6. seismoskop

ISLAM DI CHINA- Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17. Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar. Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di
China. 

Catatan-catatan Tentang Islam di China - Kehadiran 4 orang pendakwah di
China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:
    1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
    2. Kai-su (Qais bin Hudhafah).
    3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
    4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

- Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik – khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).-     Pada tahun 1224, seorang Islam – Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan.-     Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari
Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan. Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing)  sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh
China. 
  Pembesar dan Ulama Islam di China-
a) Cheng Ho- Ma Huan – menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian. 
b) Liu Zhi – penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi  Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah.
c) Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam. 
Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi 

a. Bidang Perubatan   - Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke
China. Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan – sehnyang chiejin tan.  Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da
yao fa. Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita. Yang  tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui.  Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu – menggunakan kaedah perubatan Islam. 

b. Bidang Astronomi dan Matematik- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke
China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.- Penggunaan calendar Islam.- Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan.
c. Bidang Ketenteraan- Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi. 
d. Bidang Ilmu Pengetahuan- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, perkuburan dan seni bina Islam. 
e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut. 
Kesimpulan Tamadun
China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi ”tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. 
*Hakcipta Terpelihara daripada sumber Internet

Tamadun Islam Di Zaman Sahabat Rasul s.a.w


Zaman para sahabat

Profesor Ali dalam bukunya A Study of Islamic History mengambarkan tentang sejarah perkembangan tamadun islam zaman khulafa al-Rasyidin seperti berikut. Institusi khalifah bermula dengan perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai pengganti Rasulullah sebagai ketua negara islam. Pemilihan ini adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh umat islam. Rasulullah tidak menamakan seorang pun sebagai pengganti untuk memimpin umat islam selepas baginda wafat. Ini merupakan satu masalah yang besar ketika itu. Umat islam ketika itu terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan Ansar menyokong Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin menyokong Abu Bakar al-Siddiq dan golongan Bani Hasyim mencadang Ali bin Abi Talib. Walaubagaimanapun perpaduan umat islam tetap terpelihara. Abu Bakar al-Siddiq menjadi khalifah yang pertama. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz(bai’ah) dalam himpunan ramai dimasjid Madinah.

  • Sistem perlantikan
Sistem perlantikan khalifah sebagai menarik. Ini kerana terdapat dua perringkat lantikan. Pertama perlantikan khalifah yang baru dan lafaz taat setia dari semua para sahabat. Seseorang khalifah yang terpilih biasanya dicalonkan oleh seorang atau lebih daripada sahabat. Majlis Syura mencalon dan melantik secara langsung dan sebulat suara. Sesiapa sahaja didalam Majlis Syura boleh menyanggah sebarang pencalonan. Tetapi ia mesti menerima keputusan majority. Jika terdapat ahli yang tidak menyetujui perlantikan ia mesti mengangkat lafaz ikrar bersama. Sistem perlantikan kulafa al-Rasyidin menampak satu kecenderungan. Iatu kecenderungan yang lebih berbentuk demokrasi dan republik. Di mana sentimen perkauman dapat dihapuskan.
  • Tugas khalifah
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam melalui system perlantikan yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Ia bebas dari sebarang kawalan dalam perlembagaan atau badan politik. Namun demikian tidak bererti ia bebas dari melakukan sesuka hati dan mempunyai kuasa yang tidak tebatas. Kerana Al-Quran dan sunnah adalah merupakan panduan yag membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah. Khulafa al-Rasyidin amat bebeza dari Rasulullah s.a.w. dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan Namun demikian mereka mempunyai tugas keagamaan yang tersendiri(menjadi imam didalam sembahyang, membaca khutbah). Mereka juga bertugas sebagai ketua panglima tentera. Mereka bertanggungjawab melantik penglima-panglima tentera dan menghantar pesukan-pasukan tentera keluar negeri untuk menentang musuh-musuh islam. Kadang-kadang mereka sendiri yang memimpin tentera apabila berperang. Sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam peperangan Qadisiyah. Majlis Syura adalah tempat rujukan kepada khulafa al-Rasjidin sebelum mendapat seuatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima tentera dan serangan-serangan keatas musuh. Mereka sekaligus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Diperingkat wilayah jawatan hakim disandang gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka. Dizaman khulafa al-rasyidin antara tugas kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisah bagi melaksanakan keadilan. Tetapi mulai zaman Umar perpisahan antara jawatan pentadbiran dengan jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari pertambahan keluasan wilayah-wilayah islam yang menyebabkan betambahnya beban dalam kadar diluar keupayaan bagi menghauskan jawatan itu disandang oleh gabenor. Jesteru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik oleh Umar untuk mengatasi masalah ini. Khulafa al-Rasyidin juga mempunyai tanggungjawab untuk menyelia dan menguus pemungutan hasil dalam negeri, pembinaan infranstruktur seperti pembinaan hasil tali-tali air dan sebagainya. Dalam banyak hal Khalifah Abu Bakar dan Umar kerapkali berbincang terlabih dahulu dengan Majlis Syura sebelum melakukan esuatu tindakan. 
  • Tugas Majlis Syura
Majlis Syura adalah merupakan satu badan perundingan yang dianggotai oleh para sahabat Rasulullah yang terdekat. Majlis inilah yang menjadi badan penasihat apabila dirujuk oleh Khalifa al-Rasyidin dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Penubuhanya adalah sebagai pematuhan kepada perintah al-Quran sendiri. Diantara ayat yang menjelaskan hal ini ialah :

“ maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah meeka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulat tekad, maka bertawakal kepada Allah.
Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."

Merujuk kepada kepada Majlis Syura bukan sahaja dilakukan oleh khulafa al-Rasyidin, malah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang dari masa ke semasa sentiasa mendampingi para sahabat etianya dan berunding dalam banyak perkara dalam melakukan suatu tindakan khususnya perkara yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran. Didalam penubuhan Majlis Syura dijelaskan oleh Profesor K Ali tidak terdapat sebarang formula. Juga tidak mempunyai atu jumlah tetap tentang jmlah ahlinya. Biasanya golongan sahabat Muhajirin menjadi teas kepada Majlis syura dan diserrtai juga oleh sahabat dari golongan ansar. Malah sesiapa juga boleh menjadi ahlinya Berdasarkan keperluan semasa. Dimana pernah dikatakan rakyat biasa dan tetamu yang menziarahi Madinah pernah diundang untuk menyertai mesyuarat majlis tersebut. Mesyuarat diadakan dimasjid Nabawi. Apabila ia hendak diadakan pengumuman disampaikan kepaa semua ahli majlis tersebut. Nasihat Majlis Syura diutamakan oleh Khulafa al-Rasyidin dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbirannegara Islam khusus didalam meilih panglima tentera, gabenor, pegawai kanan, kadar ckai yang harus dikenakan, jawatan-jawatan baru yang harus diwujudkan dan sebagainya.Majlis Syura sama sahaja kedudukanya dengan khalifah dari segi syariah dimana mereka berada dibawah titah perintah al-Quran dan Sunnah.

  • Pentadbiran Wilayah
Umar disifatkan oleh Profesor K. Ali sebagai pengasas pentadbiran politik negara Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Dibawah pemerintahannya negara Islam dibahagikan kepada lapan wilayah untuk memudahkan pentadbiran iaitu Mekah, Madinah, Syiria, Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, dan Palestine. Setiap wilayah ini diketuai oleh seorang gabenor yang menjalankan tugas yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Umar di Madinah. Pegawai-pegawai lain juga dilantik diwilayah-wilayah tersebut dibawah penyelian gabenor. Setiap pegawai yang dilantik seperti Amil untuk memungut hasil negara diberikan senarai tugas dan tanggungjawab serta batas-batas kekuasaan masing-masing. Harta mereka disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakan penyelewengan kuasa rasuah dan sebagainya. jika setelah memegang jawatan itu dalam jangkamasa tertent didapati harta mereka luar biasa jumlahnya ia akan dirampas oleh Umar. Umar pernah merampas harta Abu Hurairah dan Amru bin As. Kadi yang dilantik oleh Umar ditetapkan jumlah gajinya dan ditetapkan juga tugas-tugasnya disamping sebagai hakim dan pengurusan pentadbiran kehakiman, ia juga mengurushan urusan wakaf seperti masjid, madrasah dan sebagainya. Terdapat jawatan lain dizaman Umar iaitu kitab Al-Diwan dan Sahib Baitulmal, yang pertam menguruskan teatera dan kedua menguruskan kewangan.
  • Polis
Tanggungjawab memelihara keselamatan awam negara Islam atau tugas-tugas polis dipikul besama oleh masyarakat awam secara umum. Namun demikian, Umar telah memperkenalkan pasukan kawalan malaam dan rondaan. Dizaman pemerintahan Ali system polis diperkenalkan.
  • Tentera
Dizaman khulafa al-Rasyidin tentera terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan berjalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang Seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh orang tentera. Dari segi persenjataan pula tentera Islam dizaman khalifah al-Reasyidin memakai perisai, pedang dan lembing atau tombak dan panah. Pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi Pasukan berjalan kaki memakai seluar dan kasut sepeti orangAfghanistan dan Punjab. Dijelaskan oleh Profesor K. Ali pakaian tentera eropah pada hari ini menirru pakaian tentera Islam dizaman Khulafa al-Rasyidin. Semasa peperangan gendang digunakan. Pusat-pusat kem tentea yang terbesar di zaman khulafa al-Rasyidin ialah Basrah, Kufah, Fustat, Qairawan dan Mansurah. Khulafa al-Rasyidin juga berusaha bagi memberikan segala kemudahan bagi keselesaan tentera Islam. Perhatian khusus diberikan bagi memastikan kesihatan tentera Islam berada diparas yang memuaskan. Brek tentera Islam dikatakan luas dan selesa dan dibina ditempat-tempat yang terjamin kesihatan alam sekitar. Setiap tentera diletakan dibawah jagaan doctor untuk menjaga kesihatanya. Tentera Islam pada masa itu dibayar gaji dari zakat dan cukai. 600 dirham adalah gaji purata bagi seorang tentera dalam masa setahun. Keluarga tentera uga diberikan makanan, pakaian dan kasut percuma. Selepas berlaku sesuatu perperangan harta rampasan peperangan juga dibahagikan kepada mereka iaitu 4/5.
  • Tentera laut
Semenanjung tanah arab sebelum kedatangan Islam lagi amat masyhur sebagai pusat perdagangan antarabangsa, yang menjadi perantara antara eropah dengan timur. Dari segi geogrfi sendiri menunjukan ia dikelilingi oleh laut Merah, Laut hindi dan Teluk Parsi. Bangsa arab kesimpulanya adalah bangsa perdagangan dan pelayaran. Terbukti bahawa masyarakat arab telah pun menguasai laut sekaligus menguasai ilmu pelayaran. Dilaporkan K. Ali bahawa umat islam telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah keHabsyah dalam tahun ke-6 setelah seruan islam dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. yang berjumlah 15 orang itu, tiba ke Habsyah melalui jalan laut ialah menumpang dua kapal dagangan arab yang kebetulan hendak beniaga ke Habsyah. Dizaman khulafa al-Rasyidin wilayah Islam semakin bertambah luas sampai keMesir, seluruh teluk Parsi dan sebagainya. Dizaman merekalah umat Islam menguasai pelabuhan seprti Oballah di teluk Parsiyang sibuk disinggahi oleh pedagang yang membawa barang dagangan ke India dan China. Begitu juga umat Islam kemudianya menguasai laut merah laut Mediterranian. Untuk meluaskan lagi menentang kekuasaan Rom dan sebagainya. Pada mulanya Umar sendiri enggan untuk menggunakan angkatan tenteranya melalui laut untuk menewaskan tentera Rom yang menguasai laut ketika itu. Cadangan itu pernah dikemukakan oleh Mua’wiyah ketika menjadi gabenor di Syria dan menghadapi serangan tentera Rom dari laut. Tetapi Umar mengubah fikiranya apabila negara islam memerlukan bekalan makanan dari Mesir. Jalan darat bukan sahaja jauh tetapi memakan masa yang amat panjang. Oleh itu beliau telah menggali terusan sejauh 69 batu dari sungai Nil ke Laut Merah. Sebanyak 20 buah kapal boleh belayar diterusan tersebut membawa makanan dari Mesir ke laut Merah dan sampai di Madinah dengan selamat. Dilaporkan oleh Profesor K. Ali bahawa serangan tentera Islam melalui laut buat pertama kali dilancarkan dibawah pemerintahan Umar yang diketuai oleh al-Ala bin al-Hadrami, menentang tentera Parsi. Tetapi serangan laut ini dilakukan tanpa mendapat restu dari Umar. Zaman penguasaan laut tentera Islam dalam erti kata yang sebenarnya bermula dalam masa pemerintahan Osman. Panglima laut Islam yang pertama ialah Abdullah bin Qays Harith yang pernah melancarkan 50 serangan keatas beberapa sasaran tentera Rom. Serangan tentera Islam selanjutnya dilancarkan oleh Muawiyah dan Abdullah yang melancarkan serangan keatas Cyprus dalam tahun 28H dan laut Mediterranian secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh Islam. Hakam telah dilantikoleh sebagai Osman sebagai gabenor di Bahrain dan diarahkan supaya menyediakan kelengkapan angkatan tentera laut untuk menyerang India. Beberapa pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana, Bahroch dan sebagainya. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengelepai satu pasukan tentera laut untuk menyerang Dabul pelabuhan Sind.
  • Keadaan Sosial
Khulafa al-Rasyidin menjadi contoh dan teladan yang terbaik dizaman mereka. Kerana mereka hidup dalam keadaan sederhana dan jujur Mereka tidak mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran. Mereka tinggal didalam rumaha yang kecil dan bekerja sendiri untuk mencari rezeki. Mereka tidak memakai pengawal keselamatan sehingga ada diantara mereka yang mati ditikam. Mereka tidak berasa malu untuk melakukan kerja kebajikan dan bercampur gaul dengan masyarakat biasa. Pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuk menerima pengaduan eluruh rakyat tanpa mengira miskin, kaya, cantik, berpangkat, hodoh atau hina. Mereka hanya mengambil sedikit sahaja dari baitulmal untuk kegunaan mereka. Hati mereka dikhususkan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah. Mereka berpakaian dalam keadaan yang paling simple. Pakaian orang arab Badwi ialah memakai pakaian yang berjubah panjang dan tali pinggang yang diperbuat daripada kulit. Pada jubah mereka terdapat bulu unta. Dimedan peperangan mereka memakai serban sepertimana yang dipakai oleh kebanyakan orang arab. Kedudukan wanita dizaman al-Rasyidin amat mulia dimana mereka amat berhak untuk mewaisi harta ibu bapa dan suami. Mereka juga diberi hak untuk menerima atau menolak calon suaminya. Mereka juga bebas bergerak dalam masyrakat dalam keadaan memelihara akhlak Islam seperti menutup aurat dan sebagainya malah mereka turut serta dalam peperangan. Poligami dikatakan wujud tetapi dalam keadaan yang terhad. Sistem perhambaan terus menerus dihapuskan dizaman khulafa al-Rasyidin.
  • Pentadbiran cukai
Sumber pendapatan negara Islam dizaman khulafa al-Rasyidin adalah sama dengan zaman Rasulullah s.a.w. yang bergantung kepada zakat, jizyah, kharaj, ghanimah dan fay. Hasil pendapatan negara dizaman Rasulullah dan Abu Bakar tidaklah sebesar mana. Tetapi dizaman Umar pendapatan negara bertambah besar dalam kadar yang amat pesat sekali yang tidak dapat dihabiskan. Jesteru itu sati system pemungutan hasil diperlukan untuk mengemaskinikan pentadbiran hasil pendapatan negara. Sejak itu Umar memberikan perhatian yang khusus dan serius didalam pentadbiran pemungutancukai berdasarkan prinsip-prinsip yang telahdigariskan oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Jenis cukai yang baharu juga telah diperkenalkan oleh Umar seprti Usyr. Ia adalah sejenis cukai yang dikenakan kepada saudagar-saudagar yang bukan beragama Islam. Kadar yang dikenakan ialah 10% keatas barang dagangan mereka.
  • Baitulmal
Hailani Muji Tahir didalam bukunya Baitul Mal : Institusi Kewangan Negara Islam, menjelaskan bahawa institusi kewangan Islam Dalam bentuk Baitul Mal secara rasmi dtubuhkan pada zaman pemerintahan Umar. Ini tidak pula beerti bahawa dizaman Rasulullah dan Abu Bakar tidak terdapat sebarang institusi kewangan. Sebenarnya ecara tidak rasmi institusi kewangan dalam bentuk baitul mal telah wujud dizaman Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar. Tetapi Baitul Mal dalam erti kata yang sebenarnya belum lagi wujud kerana hasil negara Islam belum berkembang. Dimana kita dapati sumber pendapatan negara dalam bentuk zakat, jizyah dan lain-lainya tidak disimpan lama. Dalam erti kata lain pendapatan negara Islam dizaman Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada lebihan. Inilah faktor terpenting mengapa institusi kewangan dalam bentuk. Baitul Mal tidak timbul dizaman mereka. Pengluasan jajahan takluk Islam begitu mendadak sekali dizaman Umar disegenap penjuru alam. Implikasi dari penaklukan ini mendatangkan hasil dalam bentuk wang. Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam cadangan telah dikemukakan oleh Khalid bin Walid kepada Umar agar menubuhkan satu institusi kewangan negara yang bertanggungjawab menguruskan harta negara Islam. Pada masa itu perbendaharaan ini dikenali sebagai diwan dan khazanah yang kemudianya dikenali sebagai Baitul Mal. Institusi Baitul Mal kemudianya berkembang luas sehingga setiap wilayah Islam menubuhkan Baitul Mal sendiri sebagai cawangan Baitul Mal yang yang berpusat diMadinah. Sejak itulah Baitul Mal berfungsi sebagi agen yang menguruskan harta negara Islam dan membelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara Islam selaras dengan akidah, syariah, dan akhlak.

Tamadun Melayu



  Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.
Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.

Sumber;

Tamadun Hari Ini : Islamophobia?






Baru-baru ini satu isu mengenai ketamadunan Islam telah kuat diperkatakan oleh masyarakat sejagat.. Adakah semua tahu apa yang dimaksudkan dengan Islamophobia? 

Apa itu Islamphobia??

 Mengikut pandangan ahli2 agama, Islamophobia ialah ketakutan orang-orang bukan Islam terhadap Islam atas beberapa alasan, antaranya;

1) label esktrem yang dikenakan ke atas orang-orang islam dari sudut tingkahlaku serta perbuatan mereka.
2) kejumudan ilmu yang ada pada orang-orang islam yang tidak mahu berubah walaupun difirman oleh Allah dalam surah Ar-Rad:11
3) Orang-orang islam yang gagal memahami maksud surah Al-Asr (Demi Masa) tentang keadaan mereka pada setiap detik dan masa.
4) Orang-orang islam yang gagal memahami maksud tasawuf serta memilih untuk menjadi sekular dengan memisah-misahkan syariat, hakikat, tarikat & makrifat.
5) Kebutaan orang-orang islam dalam melihat keagungan tuhan dengan mata hati mereka.
6) Kelalaian yang amat dahsyat terhadap dunia yang penuh dengan keasyikan memuaskan nafsu serakah terhadap wanita, harta serta kedudukan.
7) Tidak mempunyai rasa cinta terhadap Allah & Rasulullah.
8) Tidak mengetahui tentang sifat-sifat agung Rasulullah yang menjadi kunci hamba beriman yang bertaqwa serta bertawakkal.

Mengikut sumber wikipedia pula,



Islamophobia (ie. Islam+phobia, "fear") is prejudice against, or an irrational fear of Islam or Muslims.

The term seems to date back to the late 1980s,but came into common usage after the September 11, 2001 attacks in the United States to refer to types of political dialogue that appeared prejudicially resistant to pro-Islamic argument.

In 1997, the British Runnymede Trust defined Islamophobia as the "dread or hatred of Islam and therefore, to the fear and dislike of all Muslims," stating that it also refers to the practice of discriminating against Muslims by excluding them from the economic, social, and public life of the nation.

It includes the perception that Islam has no values in common with other cultures, is inferior to the West and is a violent political ideology rather than a religion.

Professor Anne Sophie Roald writes that steps were taken toward official acceptance of the term in January 2001 at the "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", where Islamophobia was recognized as a form of intolerance alongside Xenophobia and Antisemitism.


**Hakcipta Terpelihara daripada sumber Internet

Fotografi Tamadun Islam



Entri kali ini menunjukkan beberapa gambar yang membuktikan kemajuan Tamadun Islam :


Damascus Wall

Dorm of the Rock






Peta yang menunjukkan keluasan Tamadun Islam dalam dunia



                 




Tamadun Islam suatu gambaran umum (Part 2)


sambungan dari >> Tamadun Islam Suatu Gambaran Umum (Part 1)

Zaman Rasulullah S.A.W.

Syariah Islamiah adalah merupakan payung yang menaungi semua umat Islam termasuk Rasulullah S.A.W di dalam negara Islam yang pertama di atas muka bumi ini yang diasaskan oleh baginda. Ketetapan yang diputuskan oleh Rasulullah adalah yang muktamad di dalam sesuatu perkara yang tidak diputuskan dalam al-Quran. Namun demikian baginda lebih mengutamakan para sahabat. Mereka diajak berbincang terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu diambil oleh baginda.

Masjid yang menjadi ibu pejabat kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah dikenali sebagai Masjid al-Nabawi. Fungsi masjid terlalu luas merangkumi ibadat khusus seperti solat, pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, mahkamah dan sebagainya. Baginda menjadi imam di dalam solat dan melaksanakan segala tugas pemerintahan negara Islam di masjid tersebut. Di antara tugas berat yang lain yang dijalankan oleh baginda ialah kerja-kerja perhubungan awam. Dari situlah baginda menulis surat-surat dan memilih pendakwah-pendakwah untuk di hantar kepada raja-raja luar negeri yang sezaman dengan baginda. Juga kepada ketua-ketua kabilah Arab di semenanjung tanah Arab. Di situlah juga merupakan tempat Rasulullah S.A.W menyambut ketibaan wakil-wakil kerajaan asing dan ketua-ketua kabilah, arahan kepada gabenor-gabenor di wilayah Islam berkaitan dengan pemungutan cukai dan sebagainya dikeluarkan dan tempat melaksanakan hukuman kepada penjenayah-penjenayah. 

Dalam hal yang lain segala aduan yang disampaikan oleh rakyat negara Islam didengar oleh baginda di masjid tersebut dan mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah. Malah setiausaha-setiausaha (juru-juru tulis) dan pembantu-pembantu baginda juga melaksanakan tittah perintah baginda di masjid. Pendek kata masjidlah merupakan sekreteriat Rasulullah S.A.W seumur hidup.

Zaman Para Sahabat

  • Khalifah.
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam. Ia bebas dari sebarang kawalan dalam bentuk perlembagaan atau badan sesuka hati, bersifat autokrasi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Kerana al-Quran dan Sunnah adalah merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah. Khalifah Osman dan Ali kedua-duanya dikatakan mencontohi cara yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar.

Khulafa’ al-Rasyidin amat berbeza daripada Rasulullah S.A.W dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan. Namun demikian mereka mempunyai tugas-tugas keagamaan yang tersendiri. Contohnya, menjadi imam di dalam sembahyang berjemaah di Masjid Madinah, membaca khutbah pada hari Jumaat dan sebagainya. Di samping berfungsi sebagai ketua Negara mereka juga bertugas sebagai Ketua Panglima Tentera. Mereka bertanggungjawab melantik panglima-panglima tentera dan menghantar pasukan-pasukan tentera ke luar negeri untuk menentang musuh-musuh Islam. Kadang-kadang mereka sendiri memimpin pasukan tentera Islam sepertimana yang dilakukan oleh Umar di dalam Peperangan Qadisiah.

Majlis syura adalah merupakan tempat rujukan kepada Khulafa’ al-Rasyidin sebelum mendapat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima tentera dan serangan-serangan ke atas musuh. Mereka sekaligus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Di peringkat wilayah jawatan hakim disandang oleh gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka.

Di zaman khulafa’ al-Rasyidin antara tugas kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan keadilan. Tetapi mulai zaman Umar pemisahan antara jawatan pentadbiran dengan jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari bertambah luasnya wilayah-wilayah Islam yang menyebabkan bertambahnya beban tugas dalam kadar di luar keupayaan bagi mengharuskan kedua-dua jawatan itu disandang oleh seseorang gabenor. Jesteru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik oleh Umar untuk mengatasi masalah ini.

Zaman Bani Umaiyah

  • Perlantikan Khalifah.
Institusi khalifah mula menjadi monopoli kerajaan Bani Umaiyah yang berlainan sekali dari Khulafa’ al-Rasyidin yang menjadi hak milik umat Islam yang perlantikannya diserahkan kepada majlis syura. Ini bererti khilafah mula menjadi harta milik keluarga Bani Umaiyah tidak lagi menjadi hak milik umat Islam sejagat.

Mu’awiahlah merupakan pengasas Bani Umaiyah dan khalifah pertama dari kerajaan tersebut yang telah mewariskan jawatan khalifah kepada puteranya iaitu Yazid yang diisytiharkan sebelum kematiannya. Di peringkat awal kerajaan Bani Umaiyah dikenali sebagai Sufianiah yang merupakan cucu-cucit Sufian bapa kepada Mu’awiah. Di mana sistem penamaan bakal menjadi khalifah hanya ditetapkan seorang sahaja. Tetapi di bawah pemerintahan Marwaniah, iaitu cucu-cicit Marwan yang merupakan keluarga yang kedua mewarisi pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dua orang calon dilantik serentak sebagai raja muda untuk menjadi khalifah.
Contohnya Marwan menamakan dua orang puteranya iaitu Umar dan Yazid sebagai raja muda. Demikian juga Yazid menamakan adiknya iaitu Hisyam dan puteranya Walid sebagai raja muda.

Sistem perlantikan cara kedua ini membawa padah yang amat buruk kepada pemerintahan Bani Umaiyah dimana ramai anggota kaum keluarga khalifah yang berkebolehan, layak, lebih dewasa dan sebagainya tidak berpeluang menjawat jawatan khalifah. Kesan buruk dari sistem ini ialah timbulnya kekacauan dan perebutan jawatan khalifah. Contohnya di zaman Walid di mana beliau sendiri mati dibunuh. Sekaligus Bani Umaiyah berpecah menjadi dua kumpulan yang merupakan salah satu faktor utama yang membawa keruntuhan kerajaan Bani Umaiyah.

  • Majlis Syura.
Majlis syura yang diutamakan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dihapuskan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Namun demikian Umar bin Abdul Aziz telah cuba menghidupkan kembali institusi tersebut ketika menjadi Gabenor Hijaz dengan melantik beberapa tokoh ulamak yang berkaliber. Bila menjadi khalifah, beliau cuba mengasaskan semula majlis syura dengan menghubungi ramai ulamak. Zaman pemerintahannya adalah pendek. Sebab itulah majlis itu gagal ditegakkan kembali.[37]

  • Kerajaan Pusat.
Kerajaan Bani Umaiyah menubuhkan lima jabatan di dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara islam iaitu Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jund) , Jabatan Kewangan (Diwanul Kharaj) , Jabatan surat-menyurat (Diwanul Rasail) , Jabatan Cop Mohor (Diwanul Khatam) dan Jabatan Pos (Diwanul Barid) .

Kerajaan Bani Umaiyah bukan sahaja menghapuskan Majlis Syura, tetapi banyak melakukan perkara-perkara ganjil lain seperti menghapuskan sistem menseragamkan atau mencampur semua keturunan umat Islam iaitu antara Arab dengan keturunan lain yang dilakukan oleh Umar di dalam satu pasukan tentera. Kerajaan Bani Umaiyah sebaliknya mengasingkan. Kerajaan Bani Umaiyah khususnya di bawah pemerintahan Hisyam telah membatalkan pembayaran pencen kepada pesara-pesara tentera. Khalifah-khalifah Bani Umaiyah juga tidak pernah kelihatan menyertai tentera Islam di dalam sebarang peperangan.

Jabatan Kewangan pusat (Diwanul kharaj) bertanggungjawab mengawal dan menguruskan semua harta negara di zaman kerajaan Bani Umaiyah. Jabatan inilah yang menyimpan rekod dan resit berkaitan dengan pengumpulan hasil negara Islam dan perbelanjaannya.

Jabatan surat-menyurat (Diwanul Rasail) bertugas di dalam menulis dan menerima semua surat rasmi, mengeluarkan surat-surat arahan dan risalah-risalah. Jabatan ini juga bertugas sebagai badan penyelaras ke atas semua yang lain. Jabatan Cop Mohor (Diwanul Khatam) ditubuhkan oleh kerajaan Bani Umaiyah bagi memastikan bahawa segala arahan yang dikeluarkan itu ada dalam pengetahuan khalifah. Semua surat sebelum diedarkan mesti dicapmohorkan.

Mu’awiahlah merupakan pemerintah Islam yang pertama sekali memperkenalkan sistem pos di dalam negara Islam. Pada mulanya ia berfungsi untuk menguruskan kerja-kerja kerajaan sahaja. Tetapi akhirnya berkembang untuk kepentingan rakyat dan negara. Kuda dan unta adalah alat perhubungan yang digunakan oleh jabatan tersebut untuk mengedarkan dan memungut surat dari seluruh ceruk rantau negara Islam. Di zaman Abdul Malik sistem pos benar-benar berkembang dan sempurna perkhidmatannya.

  • Keadaan Sosial.
Walaupun sepanjang pemerintahan Bani Umaiyah terjadi huru-hara, tetapi dijelaskan oleh Profesor K. Ali keamanan dan keadilan pada keseluruhannya masih lagi dapat ditegakkan. Memang benar kedudukan Mawali (golongan yang baru memeluk islam) agak rendah jika dibandingkan dengan orang-orang arab yang begitu berkuasa dan mempunyai kedudukan yang amat istimewa tetapi penindasan dalam erti kata yang sebenarnya ke atas mereka tidak berlaku. Mereka tetap hidup dalam keadaan aman dan damai. 

Di bawah pemerintahan Bani Umaiyah non-muslim tetap juga mendapat hak sebagai rakyat negara islam. Khususnya di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz yang memeberikan perhatian yang serius terhadap golongan non-muslim ini. Beliau dikatakan telah memastikan tentang keselamatan gereja-gereja, kuil-kuil dan tempat-tempat ibadat yang lain. Malah beliau telah memberikan wang yang diambil dari Baitumal untuk membantu glongan non-muslim membina rumah-rumah ibadat mereka. Contohnya gereja besar Kristian di Edessa telah rosak ekoran daripada gempa bumi dalam tahun 60H/679M. Mu’awiah dikatakan telah mengarahkan dan memberikan bantuan pembinaan semula gereja tersebut.

Didalam urusan yang berkaitan dengan adat resam, agama dan masalah-masakah peribadi, golongan non-muslim diberikan kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan undang-undang mereka dan mengikut ketentuan dari ketua-ketua mereka. Kerajaan Bani Umaiyah telah menjamin keselamatan, nyawa harta dan kehormatan mereka.

Zaman Bani Abasiah

  • Pentadbiran.
Kuasa mutlak di dalam pemerintahan dan pentadbiran adalah merupakan bentuk pemerintahan kerajaan Bani Abasiah. Di mana tiada badan atau sesiapa juga yang boleh mempertikaikan segala keputusan khalifah kerajaan tersebut. Tugas seorang khalifah Bani Abasiah merangkumi sebagai seorang ketua negara, ketua agama, ketua panglima perang, penganugerahan pangkat dan jawatan, berkuasa menamakan bakal penggantinya dan sebagainya. Terdapat satu sistem bagaimana seseorang pengganti khalifah dipilih yang segala-galanya bergantung kepada budi bicara khalifah yang memerintah.

Di dalam masyarakat Islam di zaman Bani Abasiah, khalifah menduduki tangga teratas sekali sebagai Ketua Negara. Pegawai-pegawai pemerintah dan pentadbiran kerajaan Bani Abasiah berada di tangga yang paling hampir dengan khalifah. Sama seperti di zaman Bani Umaiyah wanita menikmati hak istimewa mereka yang dijamin oleh Islam. Lahir tokoh wanita yang aktif dalam politik pada masa yang sama itu seperti Khairuzan, Ulayyah, Zubaidah dan Buran. Mereka juga terlibat di dalam kegiatan intelektual dan syair. Zubaidah dijelaskan oleh Kitab al-Aghani sebagai tokoh penyair wanita yang berbakat.

Seorang ahli sejarah yang memberi kuliah di Baghdad dari kaum wanita yang amat terkenal ialah Syikah Shuhdah. Dalam bidang undang-undang pula dari kaum wanita yang amat termasyur pada masa itu ialah Zainab Umm al-Muwayyid. Ini bererti bahawa wanita juga telah menyumbangkan bakti kepada perkembangan tamadun Islam di zaman pemerintahan Bani Abasiah. Permainan yang agak popular pada masa itu termasuklah polo, catur, perlumbaan kuda dan memburu.

Majlis-majlis perjumpaan yang menemukan beraneka jenis golongan sarjana yang berpotensi kerapkali diadakan untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Melalui perbincangan-perbincangan ini ada di antara mereka yang menghasilkan buku-buku sejarah, kesusasteraan, falsafah dan sains. Di dalam masyarakat yang mementingkan ilmu ini golongan pengedar buku memainkan peranan yang amat penting. Tumpuan sarjana dan pelajar lebih tertumpu kepada kedai-kedai buku tersebut.

Sistem perhambaan dikatakan merebak kembali yang telah cuba dihapuskan oleh Rasululah S.A.W dan Khulafa’ al-Rasyidin yang dikatakan berkembanag kembali di zaman Bani Umaiyah. Di zaman Bani Abasiah sistem perhambaan kian subur. Boleh dikatakan kebanyakan pembesar dan orang kaya pada masa itu mempunyai hamba. Terdapat dua sumber hamba. Pertama golongan non-muslim yang tertawan. Kedua yang dipenjarakan ketika perang, tetapi di zaman aman dijadikan hamba. Kebanyakan mereka berketurunan Negro yang berkulit hitam. Tetapi ada juga dari keturunan Turki dan orang-orang berkulit putih. Keturunan Greek, Slave, Armenia dan Barbar adalah golongan hamba berkulit putih di zaman Bani Umaiyah.

Ekonomi umat Islam di zaman pemerintahan Bani Abasiah begitu maju dan berkembang. Mereka telah muncul sebagai golongan industrialis, pertukangan, golongan teknik, pencetak dan sebagainya. Inilah profesyen golongan bangsawan dan atasan. Golongan petani dan penternak adalah dari golongan kelas menengah dan bawahan.

Perdagangan di zaman Bani Abasiah begitu memuncak dan menguntungkan sekali. Bandar-bandar negara Islam muncul dan terkenal di seluruh dunia sebagai pusat-pusat perdagangan seperti Baghdad, Basrah dan Iskandariah. Dari bandar–bandar Islam umat Islam telah mengembara ke seluruh ceruk rantau dunia ini untuk menjalankan perdagangan. Mereka mendapat keuntungan yang besar dan menjadi golongan yang kaya-raya.

Kilang-kilang industri bercambah seperti cendawan tumbuh di seluruh bandar Islam. Kilang-kilang permaidani, sutera, kain dan sebagainya didirikan di Barat Asia. Kilang benang, menenun kain dan permaidani juga berkembang di Parsi dan Iraq. Kerajaan Bani Abasiah juga menggalakkan perkembangan sektor pertanian, yang menyebabkan pertanian merupakan salah satu faktor penting yang membawa kepada kemakmuran negara Islam pada masa itu yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia ini. Sektor pertanian jugalah merupakan salah satu sumber kewangan negara Islam yang penting. Berkembangnya sektor pertanian pada masa itu kerana kerajaan Bani Abasiah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti tali air yang baik, baja yang baik, tanah yang subur dan sebagainya.

  • Baitul Hikmah.
Baitul Hikmah juga dikenali dengan Khazanah Hikmah dan Darul Hikmah yang memberi pengertian sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telah ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid di zaman keagungan Bani Abasiah. Kegemilangan dan ketinggian mutu ilmu yang dicapai oleh umat Islam di Baitul Hikmah tidak ada tolok bandingnya dengan mana-mana tamadun dari zaman dahulu hingga hari ini. Penubuhan Baitul Hikmah ini adalah ekoran dari kegiatan penyelidikan dan pembelajaran yang dijalankan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W kerana menuntut ilmu adalah satu kefarduan yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Kegiatan ini semakin pesat di zaman Bani Umaiyah di mana kegiatan intelektual dalam erti kata yang sebenarnya telah berkembang maju dengan wujudnya penterjemahan buku-buku asing dan penulisan buku-buku baru yang telah dipergiatkan oleh umat Islam. Jesteru itu lahirlah satu bentuk perpustakaan yang rasmi di zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Misalnya di zaman Khalifah al-Walid bin Yazid, satu bilik khas telah disediakan oleh beliau sebagai perpustakaan rasmi yang menyimpan bahan-bahan ilmu pengetahuan di istananya. Bahan-bahan ilmu pengetahuan ini terus kekal disimpan di istana Bani Umaiyah dan berkembang sehingga di zaman Abu Jaafar al-Mansur (Bani Abasiah) di mana beliau secara langsung telah mempergiatkan lagi gerakan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab. Bahan-bahan ilmiah yang lain disimpan di Masjid Jamik al-Mansur yang digunakan sebagai bahan rujukan dalam majlis ilmu di masjid tersebut. Kegiatan intelektual begitu memuncak sekali di zaman Harun al-Rasyid, hasil dari kegiatan penterjemahan dan penulisan dalam segala bidang ilmu pengetahuan daripada bahasa-bahasa asing dan dari ilmu-ilmu pengetahuan Islam sendiri. Untuk mengekalkan prestasi dan mempertingkatkan lagi perkembangan intelektual ini, Harun al-Rasyid telah menubuhkan satu institusi khas yang agung dan terbesar di Baghdad yang diberi nama Baitul Hikmah sebagai markas yang menyelaraskan dan melicinkan lagi segala kegiatan intelektual.

Zaman Kerajaan Fatimiah

  • Pentadbiran.
Pentadbiran yang baik dan keperwiraan adalah merupakan dua ciri utama yang dimiliki oleh khalifah-khalifah kerajaan Fatimiah ini. Tidak banyak bezanya di antara sistem pemerintahan kerajaan Fatimiah dengan kerajaan Bani Abasiah. Perbezaan hanya wujud dari segi nama sahaja tetapi dari segi praktisnya adalah lebih kurang sama. Ketua Negara dan Ketua Agama adalah penggerak utama khalifah-khalifah kerajaan Fatimiah. Kekuasaannya maha luas sehingga boleh melantik dan memecat mana-mana pegawai di bawah pemerintahannya.

Di bawah khalifah terdapat menteri-menteri yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama yang dikenali dengan gelaran ‘The men of the sword’ dan ‘The men of the pen’. Pedang adalah lambang kekuasaan. Mereka ialah menteri yang diamanahkan untuk menguruskan jabatan ketenteran, jabatan perang dan jabatan keselamatan dalam negeri. Pen pula adalah lambang pentadbiran awam yang mengawal jabatan kehakiman iaitu kadi, jabatan dakwah, jabatan sains dan pendidikan, jabatan pengurusan istana, jabatan pembacaan al-Quran dan sejumlah besar pegawai-pegawai rendah seperti kerani, setiausaha dan sebagainya.

Kerajaan Fatimiah membahagikan wilayahnya kepada tiga bahagian iaitu Syria, Mesir dan sempadan Asia kecil. Mesir di bahagikan kepada daerah-daerah kecil seperti Mesir utara, Sharqiah, Gharbiah dan Iskandariah yang diperintah oleh gabenor masing-masing. Masalah-masalah dalam negeri diselesaikan oleh penguasa-penguasa tempatan wilayah-wilayah tersebut.

Terdapat tiga bahagian tentera. Pertama pasukan tertinggi yang terdiri daripada amir-amir, pegawai-pegawai tinggi dan pengawal khalifah. Kedua pegawai-pegawai pengawal. Ketiga berbagai-bagai regimen yang dikenali sebagai Hafiziah, Juyusyiyah, Sudaniah dan lain-lain lagi. Angkatan tentera laut juga kedapatan dalam kerajaan Fatimiah yang berpusat di Iskandariah, Danika, Ascaton dan pelabuahan-pelabuhan di Syiria.

Zaman Kerajaan Islam India

  • Sumbangan.
Di antara sumbangan utama kerajaan-kerajaan Islam di India ialah bidang pendidikan. Professor M. Haminuddin Khan menjelaskan sejak zaman Muhammad bin Kasim yang merupakan penakluk pertama Islam di India telah mendirikan masjid. Masjid bukan sahaja merupakan sumbangan kepada perkembangan seni bina malah merupakan pusat pendidikan. Beliau juga telah dikatakan telah membina maktab-maktab dan madrasah-madrasah.

Mahmud Ghaznawi sebenarnya orang yang telah berjaya menegakkan pemerintahan di India yang diperkukuhkan lagi oleh Muhammad Ghori. Mungkin sukar untuk dinafikan tentang kesibukan Mahmud Ghaznawi untuk memperkukuhkan kerajaannya dari serangan-serangan musuh namun demikian beliau sempat juga mengembangkan tamadun Islam di India. Di antaranya beliau telah membina sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti.

Perkembangan Islam di India adalah ekoran daripada perkembangan Islam di Timur tengah. Jesteru perkembangan yang begitu memuncak di Timur tengah juga memberi kesan kepada perkembangan di India. Di mana di India telah terdapat institusi-institusi pendidikan yang berbentuk profesional seperti maktab-maktab, teknik, perdagangan, kraftangan, perakaunan dan sebagainya.

Dr. I.h. Qureshy yang pendapatnya diambil oleh Professor Haminuddin Khan mengatakan sikap Sultan Balban yang memberikan layanan istimewa kepada golongan sarjana yang menyebabkan bandar-bandar utama India pada masa pemerintahanya menjadi tumpuan sarjana-sarjana dari dunia Islam yang memperkembangkan lagi tamadun Islam di India.

Penutup

Kajian terhadap tamadun Islam dapat dilihat melalui ciri-ciri tamadun Islam sendiri. Secara keseluruhannya, tamadun Islam lebih banyak dibangunkan oleh orang Arab dan kesenian yang terhasil pada zaman selepas bani Umaiyah adalah dari orang Arab. Kejayaan tamadun Islam banyak bergantung kepada kekuatan tenteranya dan kecintaan orang Islam terhadap ilmu pengetahuan. Selain itu umat Islam bersaing rapat dalam ekonomi yang telah menyebabkan kebanyakan umat Islam hidup mewah pada zaman keagungan Islam.

Kemewahan ini akhirnya menutup mata umat Islam sendiri kerana alpa dengan kekayaan dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk menjatuhkan mereka. Kegagalan dalam menegakkan syariat Islam selepas zaman para sahabat melonggarkan hubungan mereka dengan Allah. Walaupun begitu tidak semua umat Islam lalai malah ada juga sebilangan besar dari mereka yang taat kepada Allah seperti khalifah Abdul Malik.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil iktibar dari contoh yang telah ditunjukkan oleh umat Islam dan hindari faktor-faktor kelemahan umat Islam dahulu.
Copyright@2012 by TITASholic